Tanggal 14 Jun 2014, jam 3.00 pagi.. umi kamu menelefon ayah mengatakan yg dia terlalu sakit. Segara ayah ke rumah tok mi kamu dan berada disisi umi kamu...
Sesekali kamu mengeras, membuatkan umi kamu tidak senang duduk. Sesekali kamu ligat bergerak melintang dari atas ke bawah... Begitulah selama 3 jam ayah gan umi bersama kamu. Umi kamu tidak sempat seminit pun nak melelapkan mata.. Ayah pula...hehehe.. mencari ruang walaupun seminit untuk memejam mata sebab dari lepas-lepas ayah perlu terus segar untuk ke sana ke mari...
Detik jam 6.30 pagi
Ayah gan umi bergegas ke hospital. Umi kata kamu dah macam tak sabar nak keluar.. menekan-nekan ari. Ayah terus memecut... habis lampu isyarat ayahmu langgar...
Tiba dihospital, umi mu diiring masuk ke dalam bilik... terus bersiap untuk ke dewan bsalin. Awal pagi ni masih tiada kelibat orang lain. Hanya ayah, umimu, doctor dan jururawat.. Tika itu, pintu kamu sudah 6cm terbuka. Habis kalut dibuatnya. Semua persediaan disegerakan. Nampaknya hari ni kamu tak lagi memberi false alarm seperti 2 minggu yang lepas. Dah sampai masanye..
Dalam tiga kali teran, kepala kamu dah terkeluar... Kesian umi.. Tak Nampak darah kat muka... putih. Ayah ada di sisi umi mu melihat dari awal hingga akhirnya.. Setelah selamat kamu keluar, usai itu juga jururawat menepuk punggung kamu supaya kamu menangis.... Hahhhh... bile keluar suara kamu maka kami semua menarik nafas lege... Seorang baby girl dengan berat 2.90kg selamat lahir ke dunia. Alhamdulillah, segalanye berjalan lancar. Tiada kesulitan untuk kamu dan umi kamu. Demi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk dan alam... Ayah bersyukur dengan kehadiran kamu. Selepas kamu siap menyusu, Segera juga ayah laungkan azan dan iqamah...
Lahirnya kamu mengembirakan hati kami... Di saat kamu dalam kandungan umi mu.. Bermacam dugaan terjadi pada keluarga kita.. Nanti lah...bila kamu sudah besar, pasti ini semua akan kamu ketahui..
Angah kamu beria-ria untuk memberi nama kamu sebagai Arianna... Tika ini, angah kamu baru berusia 3 tahun. Dek fenomena telenovis Arianna Rose yang biasa angah dan Tokmie kamu tengok, macam "in" pulak nama tu dengan kamu. hehehe.. Umi kamu pulak menambah Sofea di belakangnya. Aryanna Sofea; kehidupan yang menawan. Semoga nama kamu itu akan memberi kamu semangat untuk memenuhi hidup kamu dengan kehidupan yang bermanafaat.
Aryanna Sofea binti Ahmad Shahril
Nampaknye umi kamu tak kisah untuk meneruskan legasi ASAS... kamu ASAS III lah... hehehe.. dah besar nanti boleh Tanya ayah ye... kenapa ayah namakan semua anak ayah dengan A
OHHH... gambar kamu ayah tak leh upload lagi sekarang ini... Sebab ayah dah berjanji lepas 40hari baru ayah akan upload kamu untuk ditunjuk kepada kawan-kawan ayah dengan umi... Sekarang kamu dah 23 hari dan berat kamu dah naik hingga ke 3.5kg... Nanti ayah akan post satu lagi entry untuk kamu...
No comments:
Post a Comment