Thursday, October 4, 2012

Ke tali gantung

Minggu lepas seminggu aku berkampung di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebab nya aku terlibat sebagai saksi pendakwaan kes penyeludupan dadah oleh seorang lelaki warga negeria di salah satu pintu masuk Malaysia. Kes di bawah 39(b) Akta Dadah Berbahaya. Nie merupakan kes pertama aku untuk kesalahan nie dan pertama kali masuk di Mahkamah Tinggi... memang tinggi pun... dah la mahkamah nie di bina atas bukit.. pas tu bilik bersidang nung sampai ke tingkat 8.. huhuhu.. tinggi tak. Kebiasaannya kes kastam di peringkat Mahkamah Mejistret je. Aku macam biasalah, kebanyakan kes aku lebih suka bertindak sebagai jurufoto... tapi lately nie bila dah bertukar ke Terengganu aku dah jarang bebenor menembak gambor kes... slow-slow la berpindah tangan kepada orang muda.. cetttt... macam tua benor aku.. 

Aku jadi saksi ke dua masuk. Serius walaupun dah agak biasa dengan mahkamah tapi nerveous tetap ada. Dan seperti di duga banyak juga yang aku kene soal... berderauuuu jugak den pun punyo darah nak menjawab. Iya lah kes nak mengantong orang tak kan peguam nak tanya cincai-cincai kalaboom je kan... Aku tak tau samada soalan peguam boleh ke tidak aku kongsi dengan korang di alam maya nie... Jadi aku amik jalan selamat tak yah lah aku cerita... korang pun bukan minat pun aduyainye... Ok.. Habis dah semua saksi bagi keterangan tiba lah masa yang aku tunggu nau... Masa pegulungan... aku suka part nie sebab gemor melihat skill peguam bela dengan peguam cara mengunakan hujah, fakta dan dapatan dari kes-kes dulu untuk disimpulkan dan dibentangkannya kepada Yang Arif... (Mahkamah tinggi kan kene la panggil Yang Arif). Dimulakan dengan peguambela tertuduh, dia memilih untuk berhujah secara lisan. Fuhhh... stail lah... aku tengok dengan hujah dia keadaan sudah agak pasang surut. Banyak rujukan jurnal undang-undang yang dia guna buat Hakim macam terpikir panjang. Lepas tu peguamcara (TPR) den pulak berhujah. TPR aku pun tak kecik anak jugak lah... pantang menyerah katanya,,,, huhuhu... Dan setelah keputusan di buat, akhirnya keputusan tertuduh didapati bersalah. 

Muka aku kelat... senyum pun kekambingan je.. Padahal kes nie dah menang. Aku kelat sebab aku tak tau samada aku perlu bertepuk tangan, berjabat tahniah atas kematian seorang manusia. Serius.... Aku tak suka berada dalam keadaan nie.. Kalau kes kastam, kalau dah menang cam ginie pastinya aku akan tersenyum, tapi untuk kali nie perasaan aku terkeliru. Sedih melihat wajah OKT (orang kene tuduh) sugul mengiling kepala... Kita memang tahu OKT nie memang didalangi oleh sendikit antarabangsa yang mengunakan kesempatan ke atas manusia yang terdesak. Tersedak kerana wang, terdesak untuk hidup. Pada awal tangkapan melalui ceritanya (tak tau la betul ke tidak, tapi kami yang keje cam ginie udah lali) dia ada isteri yang kini sarat mengadung dan terdesak mencari duit untuk kos mengebumikan ibunya dan kos melahirkan anak di hospital. Untuk pengetahuan juga OKT ni kalu duduk Malaysia mesti dah dapat kad OKU kerana kaki nya yang capek dan sebelah tangannya ada tapi tidak berfungsi.

Cuma apa yang kembali memotivasikan aku, nie dah kerja aku... dan kesalahan dia pulak membawa dadah yang mana pasti secalit dadah nie pasti akan sampai kepada bangsa aku..bangsa melayu... 

Oh ya... kat sini aku atach kan contoh SAPINA... bahasa melayunya di sebut Saman Kepada Saksi... nie bukan saman polis yang mintak ko bayar 300.. Sapina nie maksudnya  Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan perbicaraan. Jadi, kalau kau kene hadir ke mahkamah, pengendali kes (polis, kastam, jpj, imigresen dll) akan serah sapina ni pada kau untuk hadir. Jika gagal hadir tanpa sebab tak mustahil ko kene waran tangkap... hehehe.. kenapa aku atach kan sapina nie sebabnya hari tu aku ada menghadiri peperiksaan untuk temuduga kerja kerajaan lah. Dalam soalan tu ada dia tanya, apakah dokumen yang digunakan untuk seseorang dipanggil hadir ke mahkamah... Jawapanya, nie lah Sapina... Masalahnya kalau orang yang tak pernah terlibat dengan kes mahkamah haram la tau jawapan nyapun... melainkan tembakan ko tepat pulak pada sasaran... jadi alang-alang aku bercerita bab mahkamah aku selit skali la ilmu nie.. mana tau ada yang dapat faedah.. kan ke dapat pahala aku... hohoho.. Satu lagi, kalau kau dipanggil untuk jadi saksi, tak kira lah kau kerja gomen atau orang awam, kesemuanya akan ditanggung. Maknanya ko boleh claim makan, tido, tambang perjalanan tapi berdasarkan kelayakan ko lah...janganlah p melantak tidor kat Carcosa... memang jawabnya berdarah hidungla kerani kewangan tengok claim ko 


sapina a.k.a saman kepada saksi

No comments:

Post a Comment