Monday, April 7, 2014

Sendiri...

Untuk seketika begitu berkobar-kobar semangat untuk terus melestarikan blog ini... dan tatkala itu bila tetikus mula menekan "new post" tatkala itu juga kepala seperti tidak seiring dengan akal. Segala-galanya gagal diterjemah oleh jemari untuk terus memacu keyboard. Diam tak diam blog ini terus bersawang walau dah berapa kali divacum.

Memasuki usia diakhir 20an ini akal ku sudah mula berpusing 360 darjah. Selalu saja diri ini bermenolog tentang masa kini dan lepas. Melabuhkan rasa tidak puas hati yang membenak di akal dan hati. Namun seperti biasa ia tidak pernah di sambut. Memasuki peredaran masa ini, hidup aku terus di landa ujian demi ujian. Kekadang ujian ini langsung tidak pernah aku menduga. Demi kelangsungan hidup, aku cuba menghadapi walaupun rebah dan kekadang tersungkur.. Ohhh... Mungkin tersungkur ini juga perlu untuk mengingatkan aku agar jangan terus berlari.

Aku yang kini sendiri...
Hanya yang ada kini sedikit harapan untuk mengembalikan semua yang pernah menjadi milik aku. Kebahagian, Kekeluargaan, Kasih saying, Senyum tawa permaisuri dan bidadari ku... Tiada lagi tempat untuk bersandar harap dalam melepaskan lelah seketika. Aku mengharung sendirian. Salah aku kerana ketika itu aku alpa dengan apa yang aku ada. Salah aku kerana gagal dalam mentafsir kata-kata sinis dan gerak geri mu. Salah aku kerana gagal menjadi seperti yang engkau inginkan... Aku mengerti.. dan aku memohon diberi peluang ini untuk menjadi yang terbaik..... Arrgghhhh...mana mungkin aku menjadi yang terbaik kerana aku bukan mahsum... Percayalah aku ingin menjadi itu untuk kamu dan kamu dan kamu semua.

throwback....

Hari ini dan semalam
hari ini langkah ku longlai
jasad telah tersembam mnunggu masa untuk dikubur
hari ini kata ku tidak berlagu
punah irama walau di alun si buluh perindu
hari ini semangat ku terbang
tinggi melangit hingga tidak mampu ku gapai
hari ini bukan semalam
semalam yg penuh dengan kenangan
yang pahit kite gengam
yang manis kt telan
hari ni bukan semalam
tika di tepi ku ade tempat untuk bersandar harap
tika ade suara memberi semangat
tika ada tujuan untuk berdiri
hari ini tidak ku mau akhiri
kerana takut mhadapi hari esok...
tp yang pasti esok pasti datang walau ditepi si dewa
tp yg pasti esok tiada lagi semalam untuk aku...








No comments:

Post a Comment