Wednesday, October 24, 2012

Mengobeskan diri...

Dalam banyak-banyak topik kalau aku jumpa kawan-kawan lama semua pakat tegur kenapa aku nampak kurus sangat... aduhai... kurus sangat ke aku nie atau korang yang tak sedar yang ko makin membesar. Hahahaha... Kadang-kadang depan cermin dengan bertuala mandi aku cuba jugak tanya cermin. Tapi macam korang boleh bajet lah... tak kan lah cermin tu nak menjawab..kan kalau menjawab mau terloroh pulak kain tuala aku... lari tak cukup tanah la jawabnya...

Jadi satu hari tu waktu aku balik ke rumah family aku, aku mula menilik gambar-gambar lama waktu jamang sekolah dulu... Entah, tak nampak sangat la perubahannya. Aku amik sehelai baju yang sama dalam gambar tu dan aku pakai.. Eh, kenapa macam geleber je nie... macam besar je baju nie... Hahhh.. sah aku memang dah kurus nie... sambil aku tersengeh kambing. hahaha.. Mana taknya, ada kawan aku yang lepas kawin naik membuyut perutnya... dan aku.. maintain... flect screen member aku kata... hahaha.. ketawa jahat...

Susah jadi manusia ni kan, dah gemuk nak kurus, dah kurus nak gemuk pulak. Tu bagi empunya badan.. Dan bagi yang menengok pulak, gemuk kene kutuk, kurus kata tak cukup makan... cetttt... poodahhh... Mana ada manusia sempurna. Cukupla sekadar kau sihat, hidup bahagia dan yang paling penting nafkah zahir dan batin boleh bagi kat bini dan family... Kalau tak boleh bagi,, kes nyaya ooooiiii. Oh yer... untuk orang yang selalu tanya aku kurus tuh, untuk pengetahuan korang, BMI aku ditahap 20... satu mata nak turun ke tahap kurus dan berlambak mata lagi nak ke obes... please noted

Obes..
Hahhh.. nie pun masalah besau ni. Masalah yang dah masuk ke tahap kronik di Malaysia dan di seluruh dunia amnya. Kalau ni blog seorang doktor maka bila ditanya apa itu obes maka jawabnya secara akedemik "Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat"... Skema benor bunyinya. hahaha..

Tentu ramai antara kita yang tidak terlalu menghiraukan apa makanan yang masuk ke dalam perut. Selagi pada mata nampak sedap, bersih selagi itulah kita akan berusaha memenuhkan perut a.k.a menkedaros... Kita pun pernah mendengar "kamu adalah apa yang kamu makan", jadi tak hairan lah kalau sekarang nie agak menjadi pemandangan biasa melihat budak-budak, bapak budak, mak budak yang jatuh dalam ketegori OBESITI. Ye memang, nanti adalah mengata "ko kurus sedap la mengata orang gemuk...ingat orang gemuk nak ke jadi gemuk"... heiiii.. ko ingat cekeding macam ni nak ke jadi cekeding. Aku pun nak jugak jadi ABG KETAK.. 6 pax bagai, kat bahu dah macam ada sayap.. huhuhu.. tapi isu sekarang kesihatan kita. Ko kurus ke, gemuk ke kalau sihat... alhamdulillah...

Bercakap pasal isu obes nie..dulu aku pernah tolong wife aku buat assigment pasal isu nie.. Tulun bini beb.. kan nak upah..hahaha.. Susah jugak buat assigment orang degree nie... Yelah aku blajor bowoh atap je. Manalah pandai den nak bongkar, kupas satu isu sampai 3000 patah perkataan. Siap nak rujukan dan mengikut stendet APA Style. Sayangnya, pada masa tu, gangnam style tak ade lagi.... Kalau tak mau aku gagnam dah assigment tu.. Tak pun jadikan satu isu. Org obes macam Psy boleh boleh pemes 1 donia... hahaha... Hasil asigment yang aku tolong tuh... dapat la A- jek.. 

Salah satu isu yang aku highlight dalam assigment tu adalah isu peratusan kanak-kanak obes semakin meningkat di Malaysia. Aku ada anak, dan aku nampak isu ni serius. Mungkin masa kecil, kalau anak kita berisi, chubby orang akan puji, comel katanya. Di cubit-cubit pipi budak montel tu. Montel tu pulak dijadikan kayu pengukur. Pelek. Anak aku yang no.2 ni dalam kategori sederhana. Bila timbang grafnya cukup-cukup makan je dari jatuh ke ketegori kurus. Bagi aku dah ok dari terus jatuh k underweight atau terus k overweight. Tapi bila berada dalam masyarakat, ada pulak yang tanya, anak demam ke, tak cukup makan ke, mak tak bagi susu ke. Aku orang laki memang bolayan la kata-kata tak masuk akal tu, tapi kesian dekat wife aku lah. Tersedu, terkedu sebab ada jelingan sinis. Aku ada sorang sedara jauh, masa kecik memang chubby lah. Ramai je puji comel. Tapi masa darjah 6 berat dia dah sampai 60kg dan bile naik Tingkatan 1, dia terpaksa enjet insulin dalam badan sebab penkreas dah kurang funtional. Dah macam mat pet aku tengok. Siap standby bawak sekolah lagi. Salah satu penyebabnya adalah masalah obesiti. Tu contoh depan mata, yang tepi mata, belakang mata... banyak dah woiii... Persoalan sekarang, nak salahkan siapa? beliau dan ahli keluarga kah, kedai mamak 24jam kah, iklan MacD, KFC dan seangkatan denganya yang terlalu mengiurkan kah, atau kerajaan (wooooiiittt...ape kejadah salah kan kerajaan nie...hehehe)


Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Dalam bab ni ibu bapa kene lebih prihatin. Mak bapak mana yang tak mahu memenuhi keperluan anak mereka. Mak bapak mana yang nak tengok anak kebulur. Tapi dalam pada itu, janganlah kita sogok segala nafsu makan mereka dengan makanan yang tak berfaedah terutama makanan segera. Kalau nak bercakap pasal kandungan dalam makanan kan kata aku salah bidang kerja pulak. Tapi sekarang kan dah dunia teknologi maklumat. Semua maklumat di hujung jari. Stakat nak tau apa maksud lemak trans, monoglutamate sodium (MSG), kolestral, glokosa... ko taip je kat pak cik google semua dia keluar. Tak susah kan. 

Ada kajian yang aku baca, dua faktor utama penyumbang obesiti ialah disebabkan faktor boleh diubah seperti pemakanan, aktiviti fizikal, gaya hidup kurang sihat, sementara faktor tidak boleh diubah seperti perbezaan hormon dan sejarah obesiti di sebelah bapa atau ibu. Isu genetik aku rase aku bukan la orang yang layak nak dibahaskan. Pada aku yang tak berapa nak belajar tinggi ni, kawalan terhadap apa yang dimakan adalah perlu. Dah budak tu umurnya 7tahun jangan lah bagi makan macam orang berumur 20tahun. Siapa lagi nak kawal, nak asuh, nak didik tabiat makan anak-anak kalau bukan mak bapak. Dah kalau mak bapak pun malas, tak kan nak mengharap orang luar pulak... ada logik kaaa... Satu lagi yang aku tak berapa berkenan, bab makanan ni boleh pulak mak bapak buat sebagai alat memujuk. Anak nangis, anak merajuk boleh pulak ko rasuah dengan aiskrim, dengan KFC. Nak suruh diam, nak suruh dengar cakap. Aduhaiii... lemah juga bila pikior bende alah nie. Ni kita tak bercakap lagi bab penyakit yang boleh datang dengan isu obes ni. Kan panjang berjela lagi entry nie. Nah layan la video ni. Ko akan tau, kenapa susahnya jadi obes...






p.s : susah nak berdebat pasal obes bile kita sendiri pun.... uuppss...

1 comment:

Karung biru said...

tidak berkenaan samada yang masih hidup atau telah mati

Post a Comment