Thursday, July 17, 2014

Zaman Poli

Beberapa hari lepas ex-poly a.k.a ex-housemate aku ada post satu gambar jamang2 belajar poly dulu. Terus untuk 3-4 hari menjadi top list untuk feed page fb aku. Serius bangang bile ingat-ingat balik jamang tuh. Segala kerja baik yang disukai agama mahupun nakal lagi jahat lagi setan pernah aku gan budak-budak rumah buat. Biasalah, zaman baru nak up, semua benda nak cuba, semua bende nak nampak macho... hahaha... sampai sekarang pun aku duk tersengeh-sengeh gelak dah macam kene rasuk di hantu sirikit.


Salah satu perkara gampang lagi bahlul yang bermain dalam kepala aku semasa semester 2 di asrama poli adalah ketika berlangsungnya drama taiwan Strom Rider... Drama tau bukan movie.. Fenomena ooo zaman tuh... Masalahnya cerita tu disiar pada waktu 7.00pm-8.00pm, waktu Magrib derr... Aku mase tu sem1 kut, skema badak lagi. Dan menjadi kebiasaan student asrama waktu prime time nie biasanya perlu dihabiskan di surau, dan bila cerita nie mula menjengah di kaca tv, ia mula menjadi asbab surau poli mase tu kekurangan makmum. Masa zaman aku masuk poli, poli aku baru buka dan kemudahan masa tu semua baru. Setiap blok akan ada 1 bilik rehat. Dalam tu akan disediakan sebiji tv. 


Masa memula cerita ni naik, aku yg masih suci hati dan fikiran masih mengekalkan sesi berjemaah ketika magrib namun lepas habis je salam terus bingkas cam lipas kudung balik ke blok utk bersama-sama gerombolan lain nontonnye... Hari berganti hari, yg suci mula hilang terpengaruh dengan setan yg duk tiap2 hari memujuk. Maka berjemaah lah aku didepan tv bersama rekawang sawan yg lain... Benda ni tak tahan lama sebab mula diciumi warden. Pernah satu hari disergah warden, habis lintang pukang budak2 ni lari.... Jahanam.. dan dari situ warden mula sabotaj kami dengan mengambil antenna tv. Namun kerana ketaksuban dgn siri cerita tuhh, walau dengan gambar blurr pun kami tetap tegar melayan....hahaha.. kekadang gambonya sampai tak boleh nok beza mana laki mana pompuan.. hahaha... akibat dari ketidaktahanan mata melihat gambor tv yang blurr, maka ada seorang umat manusia yg baik ni membeli antenna super duper... perggghhh.... kembali ceria sekelian umat yg berjemaan di depan tv. 

Benda ni skali lagi dihidu warden, pada satu hari kami semua kembali digempur warden. Maka ade lah yang tertangkap... kecuali aku lah.. Duduk poli nie aku rasa tinggi sikit jek status dari sekolah Teknik... sebab ape kau kata macam tu, sebab mamat2 yang kene tangkap tu disuruh jalan itik dari port tuh ke surau (Pusat Islam)... kejutan budaya kejap aku.. 3, 4 hari selepas itu lengang lah bilik berkenaan... semua seriau gamaknye.. Tahun lepas aku pergi poli tu, aku terjumpa lagi warden nie...hahaha... ade lagi die kat sini rupenya..


Tapi nie semua tidak tamat hanya di situ.... masing-masing macam berevolusi mencari skill terbaik untuk terus setia menjadi peminat cerita nie

Skill paling bangang aku rase yg pernah di inspirasikan adalah... Pasang tv tapi tengok dari luar... paham x.. hahahaha... dalam bilik tamu kosong bai... budak-budak ni hanya tgk dari luar... dari jendela... Boleh bajet tak sebab ape... sebabnya senang nk cabut kalu warden sampai...

Aduhai...bile ingat balik mmg tak logik di akal penangan bebudak nie... sampai sekarang bila teringat bende ni aku masih senyum sendiri... Betui orang kata kan, Zaman study, zaman paling best, zaman paling di kenang... Tapi depend lah macam mana korang corakkan zaman tu... 

wasalam
sembang lebih dari aku..
lepas2 ni ade sequel lagi kut... huhuhu  

selamat datang Sayang

Tanggal 14 Jun 2014, jam 3.00 pagi.. umi kamu menelefon ayah mengatakan yg dia terlalu sakit. Segara ayah ke rumah tok mi kamu dan berada disisi umi kamu...

Sesekali kamu mengeras, membuatkan umi kamu tidak senang duduk. Sesekali kamu ligat bergerak melintang dari atas ke bawah... Begitulah selama 3 jam ayah gan umi bersama kamu. Umi kamu tidak sempat seminit pun nak melelapkan mata.. Ayah pula...hehehe.. mencari ruang walaupun seminit untuk memejam mata sebab dari lepas-lepas ayah perlu terus segar untuk ke sana ke mari...

Detik jam 6.30 pagi
Ayah gan umi bergegas ke hospital. Umi kata kamu dah macam tak sabar nak keluar.. menekan-nekan ari. Ayah terus memecut... habis lampu isyarat ayahmu langgar...

Tiba dihospital, umi mu diiring masuk ke dalam bilik... terus bersiap untuk ke dewan bsalin. Awal pagi ni masih tiada kelibat orang lain. Hanya ayah, umimu, doctor dan jururawat.. Tika itu, pintu kamu sudah 6cm terbuka. Habis kalut dibuatnya. Semua persediaan disegerakan. Nampaknya hari ni kamu tak lagi memberi false alarm seperti 2 minggu yang lepas. Dah sampai masanye.. 

Dalam tiga kali teran, kepala kamu dah terkeluar... Kesian umi.. Tak Nampak darah kat muka... putih. Ayah ada di sisi umi mu melihat dari awal hingga akhirnya.. Setelah selamat kamu keluar, usai itu juga jururawat menepuk punggung kamu supaya kamu menangis.... Hahhhh... bile keluar suara kamu maka kami semua menarik nafas lege... Seorang baby girl dengan berat 2.90kg selamat lahir ke dunia. Alhamdulillah, segalanye berjalan lancar. Tiada kesulitan untuk kamu dan umi kamu. Demi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk dan alam... Ayah bersyukur dengan kehadiran kamu. Selepas kamu siap menyusu, Segera juga ayah laungkan azan dan iqamah...

Lahirnya kamu mengembirakan hati kami... Di saat kamu dalam kandungan umi mu.. Bermacam dugaan terjadi pada keluarga kita.. Nanti lah...bila kamu sudah besar, pasti ini semua akan kamu ketahui..

Angah kamu beria-ria untuk memberi nama kamu sebagai Arianna... Tika ini, angah kamu baru berusia 3 tahun. Dek fenomena telenovis Arianna Rose yang biasa angah dan Tokmie kamu tengok, macam "in" pulak nama tu dengan kamu. hehehe.. Umi kamu pulak menambah Sofea di belakangnya. Aryanna Sofea; kehidupan yang menawan. Semoga nama kamu itu akan memberi kamu semangat untuk memenuhi hidup kamu dengan kehidupan yang bermanafaat.

Aryanna Sofea binti Ahmad Shahril
Nampaknye umi kamu tak kisah untuk meneruskan legasi ASAS... kamu ASAS III lah... hehehe.. dah besar nanti boleh Tanya ayah ye... kenapa ayah namakan semua anak ayah dengan A

OHHH... gambar kamu ayah tak leh upload lagi sekarang ini... Sebab ayah dah berjanji lepas 40hari baru ayah akan upload kamu untuk ditunjuk kepada kawan-kawan ayah dengan umi... Sekarang kamu dah 23 hari dan berat kamu dah naik hingga ke 3.5kg... Nanti ayah akan post satu lagi entry untuk kamu...


Salam sayang ayah untuk kamu.. Aryanna... luv u

Monday, April 7, 2014

Sendiri...

Untuk seketika begitu berkobar-kobar semangat untuk terus melestarikan blog ini... dan tatkala itu bila tetikus mula menekan "new post" tatkala itu juga kepala seperti tidak seiring dengan akal. Segala-galanya gagal diterjemah oleh jemari untuk terus memacu keyboard. Diam tak diam blog ini terus bersawang walau dah berapa kali divacum.

Memasuki usia diakhir 20an ini akal ku sudah mula berpusing 360 darjah. Selalu saja diri ini bermenolog tentang masa kini dan lepas. Melabuhkan rasa tidak puas hati yang membenak di akal dan hati. Namun seperti biasa ia tidak pernah di sambut. Memasuki peredaran masa ini, hidup aku terus di landa ujian demi ujian. Kekadang ujian ini langsung tidak pernah aku menduga. Demi kelangsungan hidup, aku cuba menghadapi walaupun rebah dan kekadang tersungkur.. Ohhh... Mungkin tersungkur ini juga perlu untuk mengingatkan aku agar jangan terus berlari.

Aku yang kini sendiri...
Hanya yang ada kini sedikit harapan untuk mengembalikan semua yang pernah menjadi milik aku. Kebahagian, Kekeluargaan, Kasih saying, Senyum tawa permaisuri dan bidadari ku... Tiada lagi tempat untuk bersandar harap dalam melepaskan lelah seketika. Aku mengharung sendirian. Salah aku kerana ketika itu aku alpa dengan apa yang aku ada. Salah aku kerana gagal dalam mentafsir kata-kata sinis dan gerak geri mu. Salah aku kerana gagal menjadi seperti yang engkau inginkan... Aku mengerti.. dan aku memohon diberi peluang ini untuk menjadi yang terbaik..... Arrgghhhh...mana mungkin aku menjadi yang terbaik kerana aku bukan mahsum... Percayalah aku ingin menjadi itu untuk kamu dan kamu dan kamu semua.

throwback....

Hari ini dan semalam
hari ini langkah ku longlai
jasad telah tersembam mnunggu masa untuk dikubur
hari ini kata ku tidak berlagu
punah irama walau di alun si buluh perindu
hari ini semangat ku terbang
tinggi melangit hingga tidak mampu ku gapai
hari ini bukan semalam
semalam yg penuh dengan kenangan
yang pahit kite gengam
yang manis kt telan
hari ni bukan semalam
tika di tepi ku ade tempat untuk bersandar harap
tika ade suara memberi semangat
tika ada tujuan untuk berdiri
hari ini tidak ku mau akhiri
kerana takut mhadapi hari esok...
tp yang pasti esok pasti datang walau ditepi si dewa
tp yg pasti esok tiada lagi semalam untuk aku...








Monday, March 17, 2014

Dua ribu Empat belas

lunch hour..tapi tak keluar makan.. ok..ok.. bukan sebab aku rajin kerja, cuma sekarang perlu berjimat lebih kurang, mengumpul samah serial untuk persiapan orang baru.

2014...
jemmm... dah bulan 4 sekarang.. bukan soal azam baru yang perlu ditagihkan. Bercakap hal glokal (najib kata global dan local) banyak betul kebetulan yang berlaku... Lepas satu satu... Semua ini sudah menjadi rencanaNya.

2014... Malaysia merencanakan agendanya untuk memperlihatkan kepada dunia apa yang dimiliki.. Dan untuk itu Tahun Melawat Malaysia dilancarkan bagi menyuburkan sambutan tersebut sepanjang tahun.. tapi siapa menduga Malaysia telah ditonjolkan ke dunia dengan agenda si Pencipta..

MH370
Kite terpanar dengan insiden ini...
Kini Malaysia memang dikenali seluruh dunia. Menjadi bualan semua lapisan tak kira Negara dan kaum. Disebalik keaiban ini, kita lihat seluruh dunia bersama samada mendoakan yang terbaik mahupun menjadi rakan dalam usaha merungkai masalah.

Tahun 2014 menjadi tahun di mana doa seluruh umat manusia menjadi satu. Tahun di mana kita telah kembali kepada fitrah kejadian. Percaya kepada yang Mencipta. Walau sehebat mana ciptaan manusia, walau sehebat mana teknologi, kebuntuan masih menyelubungi.

Semoga rahmat Allah masih bersama kita. Semoga kejadian ini akan dirungkai suatu hari nanti.. Permudahkanlah ya Allah
#pray4MH370