Thursday, May 5, 2011

Kisah sesumpah yang bersumpah...

Awal bulan Mac tahun nie, meletup satu panggung wayang dengan ceritera Johny Depp bertukar jadi sesumpah dalam Ringo... seekor sesumpah yang tersesat di padang pasir dan dari Zero to Hero... Dan tah macam mana fenomena sesumpah ni terpalit kepada orang-orang bengong yang mungkin nak sangat jadi sesumpah.... Hari nie boleh pakai warna lain dan sok warna lain pulak... Macam bengong je aku rasa Malaysia nie... politikus yang mungkin bagi mereka boleh dibawa masuk kubur dan masing-masing bawak logo parti seberang Titian Sirat... aduhlahhhh... mintak jauhlah kat aku, keluarga dan rakan-rakan sekalian...

Malaysia digemparkan dengan seekor sesumpah albino dari pantai timur yang membuangkan diri ke seberang sana... Dulunya berkata begitu dan kininya berkata bergini... aduhhh... dan dan nie lah die leh kata lak die dipaksa buat keterangan macam tu.. klu dulu mati-matian sumpah semua katanya benar belaka... politikus lagi

Dan kini yang paling kecoh sampai berbaju kalis peluru bagai... bersumpah laknat untuk dia dan orang lain... dunia... dunia...

Bukan kisah bersumpah, menyumpah, disumpah mahupun sesumpah (kesian haiwan nie di bahan blog kan aku) nak aku gebang di sini...bukan juga kisah politik Malaysia yang aku nak story morie... sebenarnya mase aku bbuka blog nie aku tak nak letak entry bab2 politikus nie.. Naik menyampah den. Tapi tuh lah, sana sini, berita tv mana pun duk cite hal nie jek... maka aku rase aku tak dapat elak dari turut serta dalam arena semasa. 

Kisah sumpah nie sebenarnya memang  tak pernah lari dari masyarakat kite..dah macam tipikal budaya kite dah... dari kecik sampai besor, dari besor sampai tua... Budak sekolah angkat tangan bersumpah mentaati ikrar sekolah tp kesudahannya, dinding tandas juga derang conteng, saksi dalam mahkamah lak siap sumpah atas undang-undang untuk bercakap benar tapi batilnya maha putar alam sebab nak selamat, penyewa lak siap sumpah tandantangan akan bayar sewa cukup bulan tapi cekadaknya lepas 3 bulan tak bayar sewa packing barang tengah malam, tu tak lagi kisah suami bersumpah tak nak kawin lain, pegawai gomen bersumpah tak amik rasuah, ketua JKKK sumpah tak nak main kroni, YB sumpah nak bela nasib rakyat... 

fuhhhh... sumpah la korang... kan tak pasal makan dek sumpah tuh... 

layang sikit trailer Rango...nanti ko paham la macam mana hidup sebagai sesumpah


1 comment:

beautiful_rose said...

mereka hanya takut pada dunia tidak pada akhiran...begitulah.
politik malaysia mmg kelakar!

Post a Comment