ditulis pada 07.04.2011
keadaan dan penceritaan berdasarkan keadaan 2 - 3 hari selepas itu... entry nie agak lambat keluar kerana diperam labu dek hambatan tugas sebagai kuli kerajaan
___________________________________________________________
06.04.2011
Tut..tut..tut..tut...(bunyi mesej dari hp kunoponik aku)
"Seorang rakan kite berpangkat Pen. Pengarah Kastam yang bekerja di JKDM Port Klang meninggal dunia di pejabat SPRM Kuala Lumpur"
... Terus terdiam semua walaupun mmg dh sedia terdiam kerana kusyuk menerima penerangan pengendalian dadah oleh pihak ibu pejabat...
Terus telefon bertukar tangan demi tangan untuk kesahihan dengan mata sendiri.... lalu keadaan yang tadinya diam dan khusyuk mendengar penerangan bertukar soseh-soseh, masing-masing mahukan kebenaran....
Berita 1.30 @ TV3
Berita tadi yang pada awalnya antara percaya dan tidak akhirnya disahkan... Mangsa Ahmad Sarbani Mohamed, 56 disyaki meninggal dunia kerana jatuh melalui 1 tingkap di Tingkat 3 bangunan SPRM Kuala Lumpur (kata berita-nya)
Dan keesokanya, larislah semua surat khabor... mungkin separuh dari jualan di Malaysia nie dari duit Anggota Kerajaan khasnya Kastam... Aku pun salah sorang lah... Ingin mengetahui kisah sebenar yang terjadi... (tapi telus ke surat khabor kite nie)... dan berkonyong-konyong la cerita disalurkan... dan paling pahit di baca apabila ada steatment mengayatakan punca kematian kerana membunuh diri... ada juga yang mengaitakan dengan TERjatuh dari bangunan. Bagi aku adalah tidak bijak mengeluarkan kenyataan begitu lebih-lebih lagi dari mulut penjawat awam... sementelah hal-hal kematian begini begitu berprofil tinggi... head line dan tagline dari semua surat khabar amat serius apabila 2 nama jabatan kerajaan dikaitkan...
kalau korang tanya pendapatan aku.... nie jawabnya!!!!
- Kata surat khabor.. TERjatuh… bukan ke terjatuh tu satu perbuatan sengaja… Persoalanya atas sebab apa arwah sengaja menjatuhkan dirinya… Kenapa nak bunuh diri… arwah hanyalah salah seorang yang ditahan untuk membantu siasatan. Belum pun tahu die salah atau tidak. Maknanya masih ada 50-50 antara salah dan tidak… Dan kalau salah pun bukannya hukuman kesalahan nie sehingga mandotary gantung/pancung/naik kerusi elektrik/tembak sampai mati. Jadi adalah amat tidak bijak bile menamatkan nyawa hanya kerana itu.
- Perkataan TERjatuh… rasenya untuk orang yang berumur 56 tahun dengan 2 tahun lagi nak pencen amatlah amat annoying untuk diguna pakai… klu kite perhati bebetui tingkap nye... atas dasar pe die nk bergayut kat situ...tas dasar pe die nk pergi situ dan tiba dammmm..!!! terjatuh... logik tak
1 comment:
Propaganda dunia
Post a Comment