Well... entry nie sambungan dari enty minggu lepas... tetiba aku rase macam nak menulis jugak bab nie.. kenapa ek... entah... mungkin hari nie aku banyak sangat kut masa lapangnya...
Macam mana yang sedia tau, minggu lepas seminggu aku berkampong kat negeri orang. Dalam satu petang tu, aku melewati setiap inchi kampong bernama Jijan di sempadan Sepang-Nilai... Kampung yang pernah menyaksikan segala tragis kenangan manis pahit selama di sana. Ok stop.. bukan tu point nak cerita...hehehe..sikapor sireh baru tu
Dalam satu petang tu, kebosanan melanda membawa aku ke satu warung menjual kuih pukat burok... terangkat jugak sebab kuahnya dari pengat durian. Dalam duk kusyok menjamu aku dilintasi dengan satu kelibat yang agak familiar... eh.. macam ku kenal budak nie.??? wink...wink... Sah, schoolmate aku nie. Duk melantak mee tomyam, i guess...
Aku angkat 'pongkoq' terus melahu dengan kelajuan malar di hadapan die... Beliau nie berhenti makan sambil mee nya masih di mulut... ngeeee...
Woiii...ko shahril..!!!
Hah, aku lah... yang ko duk melantak sampai tak pusing kiri kanan apehal... (cakap Kee Ell pulak aku,,,,)
Ko makan apa tuh... sambil mata aku menjuling tengok kulit udang bersepah atas meja..
Mungkin kerana dapat membaca anak mataku, dan mungkin kerana beliau ada kepakaran membawa fikiran aku... dia hanya tertawa terbahak...
Apa lagi shahril... mee tomyam lah... kan dari dulu nie je aku pandai oder.. aku sambung gelak... serius muka beliau beriak lawak merangkap nak kene lempang.
Apa lagi shahril... mee tomyam lah... kan dari dulu nie je aku pandai oder.. aku sambung gelak... serius muka beliau beriak lawak merangkap nak kene lempang.
Dan macam biasalah bila berjumpa dengan kawan lama...perkara yang menjadi topik perbualan adalah perkara lama sambil memasing cargas mengait, mencungkil kembali gosip-gosip lama, lawak gila remaja, lawak pedajal orang dan paling bes lawak kene denda gan cikgu... hahaha.. Kita orang hari tu memang dah hilang ilmu untuk 40 hari 40 malam sebabnya gelak, gelak, dan gelak. Pecah perut aku.
Dan paling lawak, beliau ni silent reader blog aku...hahaha.. blog sampah mcm nie ade juga orang baca... pada beliau...terimas sebab sudi membaca... dan aku akan sentiasa ingat bahawa kau adalah pemangsa mee tomyam tegar...hahaha...
Oh..my pren tegur jugak.. ko nie kenapa yang kurus sangat. Dulu time skolah aku rasa ko nie berisi sikit...
Aku tersengeh ala-ala haron aziz.
OK.. habis part best.. nie part tak best... dalam pada tu tetiba kami terserius bila nama seorang rakan lama yang dah arwah keluar... pas tu dah stat cerita serius... seorang demi seorang membilang orang.. si polan nie dah jadi orang besor di USM, yang nie cikgu, yang tu inspektor, yang mamat nie buka bisnes, yang tu doktor, dan my pren pulak duk buat master. Yang bestnya kawan aku nie siap dapat sponsor untuk sambung dan gred degree pun kelas pertama. Sah-sah la ptptn ko tak paayh bayar kan!. Tak kira lah ko buat master teori cucur udang ke, bab ekonomi ke, bab sejarah misai A. Galak kenapa melentik ke, apa yang penting ko tu siswazah master. Peduli pe orang nak kata... Tapi kan... aduhhhh... tetiba aku rase mcm kecik jek... aku versi 17. tak naik..tak turun... nak gelak atau tidak aku konfius...
Memang kat sekolah dulu aku bukan la dari golongan bengap sangat. Tapi apakan daya udah rezeki aku di sini je kut. Di takok 17, nak naik nampok macam gelap gambor... nak sambung stady, wife aku pun tak habis lagi. Setahun belajor dah Rm3k lebih... dah klu dua dua belajor tak ke makan pasir anak aku... huhuhu...
Itulah org tua kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak tau ke mana. Nak nampak tuah manusia nie bukan dengan ahli nujum, bukan dengan bomoh siam. Kite kene tengok usaha dia. Nie kalau masa luang di isi dengan tido, tido dan tido maka jawabnya tang tu je lah ko... Ada juga yang dah berusaha tapi belum sampai masanya (macam aku kut)... Kalau dah jadi macam tu, kene redha la. Jangan terlalu ditangisi atau menyalahkan keadaan. Ada sebab kenapa Yang Esa tak bagi apa yang kita minta. Atau juga kita belum layak menerima rezeki itu dariNya. Amin...
p/s: Untuk beliau... kau pasti tahu entry nie khas utk ko...

No comments:
Post a Comment