Wednesday, October 24, 2012

Mengobeskan diri...

Dalam banyak-banyak topik kalau aku jumpa kawan-kawan lama semua pakat tegur kenapa aku nampak kurus sangat... aduhai... kurus sangat ke aku nie atau korang yang tak sedar yang ko makin membesar. Hahahaha... Kadang-kadang depan cermin dengan bertuala mandi aku cuba jugak tanya cermin. Tapi macam korang boleh bajet lah... tak kan lah cermin tu nak menjawab..kan kalau menjawab mau terloroh pulak kain tuala aku... lari tak cukup tanah la jawabnya...

Jadi satu hari tu waktu aku balik ke rumah family aku, aku mula menilik gambar-gambar lama waktu jamang sekolah dulu... Entah, tak nampak sangat la perubahannya. Aku amik sehelai baju yang sama dalam gambar tu dan aku pakai.. Eh, kenapa macam geleber je nie... macam besar je baju nie... Hahhh.. sah aku memang dah kurus nie... sambil aku tersengeh kambing. hahaha.. Mana taknya, ada kawan aku yang lepas kawin naik membuyut perutnya... dan aku.. maintain... flect screen member aku kata... hahaha.. ketawa jahat...

Susah jadi manusia ni kan, dah gemuk nak kurus, dah kurus nak gemuk pulak. Tu bagi empunya badan.. Dan bagi yang menengok pulak, gemuk kene kutuk, kurus kata tak cukup makan... cetttt... poodahhh... Mana ada manusia sempurna. Cukupla sekadar kau sihat, hidup bahagia dan yang paling penting nafkah zahir dan batin boleh bagi kat bini dan family... Kalau tak boleh bagi,, kes nyaya ooooiiii. Oh yer... untuk orang yang selalu tanya aku kurus tuh, untuk pengetahuan korang, BMI aku ditahap 20... satu mata nak turun ke tahap kurus dan berlambak mata lagi nak ke obes... please noted

Obes..
Hahhh.. nie pun masalah besau ni. Masalah yang dah masuk ke tahap kronik di Malaysia dan di seluruh dunia amnya. Kalau ni blog seorang doktor maka bila ditanya apa itu obes maka jawabnya secara akedemik "Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat"... Skema benor bunyinya. hahaha..

Tentu ramai antara kita yang tidak terlalu menghiraukan apa makanan yang masuk ke dalam perut. Selagi pada mata nampak sedap, bersih selagi itulah kita akan berusaha memenuhkan perut a.k.a menkedaros... Kita pun pernah mendengar "kamu adalah apa yang kamu makan", jadi tak hairan lah kalau sekarang nie agak menjadi pemandangan biasa melihat budak-budak, bapak budak, mak budak yang jatuh dalam ketegori OBESITI. Ye memang, nanti adalah mengata "ko kurus sedap la mengata orang gemuk...ingat orang gemuk nak ke jadi gemuk"... heiiii.. ko ingat cekeding macam ni nak ke jadi cekeding. Aku pun nak jugak jadi ABG KETAK.. 6 pax bagai, kat bahu dah macam ada sayap.. huhuhu.. tapi isu sekarang kesihatan kita. Ko kurus ke, gemuk ke kalau sihat... alhamdulillah...

Bercakap pasal isu obes nie..dulu aku pernah tolong wife aku buat assigment pasal isu nie.. Tulun bini beb.. kan nak upah..hahaha.. Susah jugak buat assigment orang degree nie... Yelah aku blajor bowoh atap je. Manalah pandai den nak bongkar, kupas satu isu sampai 3000 patah perkataan. Siap nak rujukan dan mengikut stendet APA Style. Sayangnya, pada masa tu, gangnam style tak ade lagi.... Kalau tak mau aku gagnam dah assigment tu.. Tak pun jadikan satu isu. Org obes macam Psy boleh boleh pemes 1 donia... hahaha... Hasil asigment yang aku tolong tuh... dapat la A- jek.. 

Salah satu isu yang aku highlight dalam assigment tu adalah isu peratusan kanak-kanak obes semakin meningkat di Malaysia. Aku ada anak, dan aku nampak isu ni serius. Mungkin masa kecil, kalau anak kita berisi, chubby orang akan puji, comel katanya. Di cubit-cubit pipi budak montel tu. Montel tu pulak dijadikan kayu pengukur. Pelek. Anak aku yang no.2 ni dalam kategori sederhana. Bila timbang grafnya cukup-cukup makan je dari jatuh ke ketegori kurus. Bagi aku dah ok dari terus jatuh k underweight atau terus k overweight. Tapi bila berada dalam masyarakat, ada pulak yang tanya, anak demam ke, tak cukup makan ke, mak tak bagi susu ke. Aku orang laki memang bolayan la kata-kata tak masuk akal tu, tapi kesian dekat wife aku lah. Tersedu, terkedu sebab ada jelingan sinis. Aku ada sorang sedara jauh, masa kecik memang chubby lah. Ramai je puji comel. Tapi masa darjah 6 berat dia dah sampai 60kg dan bile naik Tingkatan 1, dia terpaksa enjet insulin dalam badan sebab penkreas dah kurang funtional. Dah macam mat pet aku tengok. Siap standby bawak sekolah lagi. Salah satu penyebabnya adalah masalah obesiti. Tu contoh depan mata, yang tepi mata, belakang mata... banyak dah woiii... Persoalan sekarang, nak salahkan siapa? beliau dan ahli keluarga kah, kedai mamak 24jam kah, iklan MacD, KFC dan seangkatan denganya yang terlalu mengiurkan kah, atau kerajaan (wooooiiittt...ape kejadah salah kan kerajaan nie...hehehe)


Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Dalam bab ni ibu bapa kene lebih prihatin. Mak bapak mana yang tak mahu memenuhi keperluan anak mereka. Mak bapak mana yang nak tengok anak kebulur. Tapi dalam pada itu, janganlah kita sogok segala nafsu makan mereka dengan makanan yang tak berfaedah terutama makanan segera. Kalau nak bercakap pasal kandungan dalam makanan kan kata aku salah bidang kerja pulak. Tapi sekarang kan dah dunia teknologi maklumat. Semua maklumat di hujung jari. Stakat nak tau apa maksud lemak trans, monoglutamate sodium (MSG), kolestral, glokosa... ko taip je kat pak cik google semua dia keluar. Tak susah kan. 

Ada kajian yang aku baca, dua faktor utama penyumbang obesiti ialah disebabkan faktor boleh diubah seperti pemakanan, aktiviti fizikal, gaya hidup kurang sihat, sementara faktor tidak boleh diubah seperti perbezaan hormon dan sejarah obesiti di sebelah bapa atau ibu. Isu genetik aku rase aku bukan la orang yang layak nak dibahaskan. Pada aku yang tak berapa nak belajar tinggi ni, kawalan terhadap apa yang dimakan adalah perlu. Dah budak tu umurnya 7tahun jangan lah bagi makan macam orang berumur 20tahun. Siapa lagi nak kawal, nak asuh, nak didik tabiat makan anak-anak kalau bukan mak bapak. Dah kalau mak bapak pun malas, tak kan nak mengharap orang luar pulak... ada logik kaaa... Satu lagi yang aku tak berapa berkenan, bab makanan ni boleh pulak mak bapak buat sebagai alat memujuk. Anak nangis, anak merajuk boleh pulak ko rasuah dengan aiskrim, dengan KFC. Nak suruh diam, nak suruh dengar cakap. Aduhaiii... lemah juga bila pikior bende alah nie. Ni kita tak bercakap lagi bab penyakit yang boleh datang dengan isu obes ni. Kan panjang berjela lagi entry nie. Nah layan la video ni. Ko akan tau, kenapa susahnya jadi obes...






p.s : susah nak berdebat pasal obes bile kita sendiri pun.... uuppss...

Monday, October 15, 2012

Wordless.....


Tuah ayam nampak di kaki...

Well... entry nie sambungan dari enty minggu lepas... tetiba aku rase macam nak menulis jugak bab nie.. kenapa ek... entah... mungkin hari nie aku banyak sangat kut masa lapangnya...

Macam mana yang sedia tau, minggu lepas seminggu aku berkampong kat negeri orang. Dalam satu petang tu, aku melewati setiap inchi kampong bernama Jijan di sempadan Sepang-Nilai... Kampung yang pernah menyaksikan segala tragis kenangan manis pahit selama di sana. Ok stop.. bukan tu point nak cerita...hehehe..sikapor sireh baru tu

Dalam satu petang tu, kebosanan melanda membawa aku ke satu warung menjual kuih pukat burok... terangkat jugak sebab kuahnya dari pengat durian. Dalam duk kusyok menjamu aku dilintasi dengan satu kelibat yang agak familiar... eh.. macam ku kenal budak nie.??? wink...wink... Sah, schoolmate aku nie. Duk melantak mee tomyam, i guess... 

Aku angkat 'pongkoq' terus melahu dengan kelajuan malar di hadapan die... Beliau nie berhenti makan sambil mee nya masih di mulut... ngeeee... 

Woiii...ko shahril..!!!

Hah, aku lah... yang ko duk melantak sampai tak pusing kiri kanan apehal... (cakap Kee Ell pulak aku,,,,) 
Ko makan apa tuh... sambil mata aku menjuling tengok kulit udang bersepah atas meja..

Mungkin kerana dapat membaca anak mataku, dan mungkin kerana beliau ada kepakaran membawa fikiran aku... dia hanya tertawa terbahak... 
Apa lagi shahril... mee tomyam lah... kan dari dulu nie je aku pandai oder.. aku sambung gelak... serius muka beliau beriak lawak merangkap nak kene lempang.

Dan macam biasalah bila berjumpa dengan kawan lama...perkara yang menjadi topik perbualan adalah perkara lama sambil memasing cargas mengait, mencungkil kembali gosip-gosip lama, lawak gila remaja, lawak pedajal orang dan paling bes lawak kene denda gan cikgu... hahaha.. Kita orang hari tu memang dah hilang ilmu untuk 40 hari 40 malam sebabnya gelak, gelak, dan gelak. Pecah perut aku.

Dan paling lawak, beliau ni silent reader blog aku...hahaha.. blog sampah mcm nie ade juga orang baca... pada beliau...terimas sebab sudi membaca... dan aku akan sentiasa ingat bahawa kau adalah pemangsa mee tomyam tegar...hahaha...

Oh..my pren tegur jugak.. ko nie kenapa yang kurus sangat. Dulu time skolah aku rasa ko nie berisi sikit... 

Aku tersengeh ala-ala haron aziz. 

OK..  habis part best.. nie part tak best... dalam pada tu tetiba kami terserius bila nama seorang rakan lama yang dah arwah keluar... pas tu dah stat cerita serius... seorang demi seorang membilang orang.. si polan nie dah jadi orang besor di USM, yang nie cikgu, yang tu inspektor, yang mamat nie buka bisnes, yang tu doktor, dan my pren pulak duk buat master. Yang bestnya kawan aku nie siap dapat sponsor untuk sambung dan gred degree pun kelas pertama. Sah-sah la ptptn ko tak paayh bayar kan!. Tak kira lah ko buat master teori cucur udang ke, bab ekonomi ke, bab sejarah misai A. Galak kenapa melentik ke, apa yang penting ko tu siswazah master. Peduli pe orang nak kata... Tapi kan... aduhhhh... tetiba aku rase mcm kecik jek... aku versi 17. tak naik..tak turun... nak gelak atau tidak aku konfius... 

Memang kat sekolah dulu aku bukan la dari golongan bengap sangat. Tapi apakan daya udah rezeki aku di sini je kut. Di takok 17, nak naik nampok macam gelap gambor... nak sambung stady, wife aku pun tak habis lagi. Setahun belajor dah Rm3k lebih... dah klu dua dua belajor tak ke makan pasir anak aku... huhuhu... 

Itulah org tua kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak tau ke mana. Nak nampak tuah manusia nie bukan dengan ahli nujum, bukan dengan bomoh siam. Kite kene tengok usaha dia. Nie kalau masa luang di isi dengan tido, tido dan tido maka jawabnya tang tu je lah ko... Ada juga yang dah berusaha tapi belum sampai masanya (macam aku kut)... Kalau dah jadi macam tu, kene redha la. Jangan terlalu ditangisi atau menyalahkan keadaan. Ada sebab kenapa Yang Esa tak bagi apa yang kita minta. Atau juga kita belum layak menerima rezeki itu dariNya. Amin...

p/s: Untuk beliau... kau pasti tahu entry nie khas utk ko... 

Thursday, October 4, 2012

Ke tali gantung

Minggu lepas seminggu aku berkampung di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebab nya aku terlibat sebagai saksi pendakwaan kes penyeludupan dadah oleh seorang lelaki warga negeria di salah satu pintu masuk Malaysia. Kes di bawah 39(b) Akta Dadah Berbahaya. Nie merupakan kes pertama aku untuk kesalahan nie dan pertama kali masuk di Mahkamah Tinggi... memang tinggi pun... dah la mahkamah nie di bina atas bukit.. pas tu bilik bersidang nung sampai ke tingkat 8.. huhuhu.. tinggi tak. Kebiasaannya kes kastam di peringkat Mahkamah Mejistret je. Aku macam biasalah, kebanyakan kes aku lebih suka bertindak sebagai jurufoto... tapi lately nie bila dah bertukar ke Terengganu aku dah jarang bebenor menembak gambor kes... slow-slow la berpindah tangan kepada orang muda.. cetttt... macam tua benor aku.. 

Aku jadi saksi ke dua masuk. Serius walaupun dah agak biasa dengan mahkamah tapi nerveous tetap ada. Dan seperti di duga banyak juga yang aku kene soal... berderauuuu jugak den pun punyo darah nak menjawab. Iya lah kes nak mengantong orang tak kan peguam nak tanya cincai-cincai kalaboom je kan... Aku tak tau samada soalan peguam boleh ke tidak aku kongsi dengan korang di alam maya nie... Jadi aku amik jalan selamat tak yah lah aku cerita... korang pun bukan minat pun aduyainye... Ok.. Habis dah semua saksi bagi keterangan tiba lah masa yang aku tunggu nau... Masa pegulungan... aku suka part nie sebab gemor melihat skill peguam bela dengan peguam cara mengunakan hujah, fakta dan dapatan dari kes-kes dulu untuk disimpulkan dan dibentangkannya kepada Yang Arif... (Mahkamah tinggi kan kene la panggil Yang Arif). Dimulakan dengan peguambela tertuduh, dia memilih untuk berhujah secara lisan. Fuhhh... stail lah... aku tengok dengan hujah dia keadaan sudah agak pasang surut. Banyak rujukan jurnal undang-undang yang dia guna buat Hakim macam terpikir panjang. Lepas tu peguamcara (TPR) den pulak berhujah. TPR aku pun tak kecik anak jugak lah... pantang menyerah katanya,,,, huhuhu... Dan setelah keputusan di buat, akhirnya keputusan tertuduh didapati bersalah. 

Muka aku kelat... senyum pun kekambingan je.. Padahal kes nie dah menang. Aku kelat sebab aku tak tau samada aku perlu bertepuk tangan, berjabat tahniah atas kematian seorang manusia. Serius.... Aku tak suka berada dalam keadaan nie.. Kalau kes kastam, kalau dah menang cam ginie pastinya aku akan tersenyum, tapi untuk kali nie perasaan aku terkeliru. Sedih melihat wajah OKT (orang kene tuduh) sugul mengiling kepala... Kita memang tahu OKT nie memang didalangi oleh sendikit antarabangsa yang mengunakan kesempatan ke atas manusia yang terdesak. Tersedak kerana wang, terdesak untuk hidup. Pada awal tangkapan melalui ceritanya (tak tau la betul ke tidak, tapi kami yang keje cam ginie udah lali) dia ada isteri yang kini sarat mengadung dan terdesak mencari duit untuk kos mengebumikan ibunya dan kos melahirkan anak di hospital. Untuk pengetahuan juga OKT ni kalu duduk Malaysia mesti dah dapat kad OKU kerana kaki nya yang capek dan sebelah tangannya ada tapi tidak berfungsi.

Cuma apa yang kembali memotivasikan aku, nie dah kerja aku... dan kesalahan dia pulak membawa dadah yang mana pasti secalit dadah nie pasti akan sampai kepada bangsa aku..bangsa melayu... 

Oh ya... kat sini aku atach kan contoh SAPINA... bahasa melayunya di sebut Saman Kepada Saksi... nie bukan saman polis yang mintak ko bayar 300.. Sapina nie maksudnya  Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan perbicaraan. Jadi, kalau kau kene hadir ke mahkamah, pengendali kes (polis, kastam, jpj, imigresen dll) akan serah sapina ni pada kau untuk hadir. Jika gagal hadir tanpa sebab tak mustahil ko kene waran tangkap... hehehe.. kenapa aku atach kan sapina nie sebabnya hari tu aku ada menghadiri peperiksaan untuk temuduga kerja kerajaan lah. Dalam soalan tu ada dia tanya, apakah dokumen yang digunakan untuk seseorang dipanggil hadir ke mahkamah... Jawapanya, nie lah Sapina... Masalahnya kalau orang yang tak pernah terlibat dengan kes mahkamah haram la tau jawapan nyapun... melainkan tembakan ko tepat pulak pada sasaran... jadi alang-alang aku bercerita bab mahkamah aku selit skali la ilmu nie.. mana tau ada yang dapat faedah.. kan ke dapat pahala aku... hohoho.. Satu lagi, kalau kau dipanggil untuk jadi saksi, tak kira lah kau kerja gomen atau orang awam, kesemuanya akan ditanggung. Maknanya ko boleh claim makan, tido, tambang perjalanan tapi berdasarkan kelayakan ko lah...janganlah p melantak tidor kat Carcosa... memang jawabnya berdarah hidungla kerani kewangan tengok claim ko 


sapina a.k.a saman kepada saksi