"Mak nak yang nie"
"Yang nie tak cantik adik... amik yang nie...yang nie warna biru same dengan baju melayu adik"... sambil si emak memilih sepasang sepatu untuk dibandingkan dengan pilihan anaknya...
"Tak nak lah mak... adik nak yang nie juga.... kasut nie ade lampu... tengok nie mak..." si anak cuba memprotes
"Adik... cuba adik pakai yang nie... yang nie senang pakai.. kalau adik pakai kasut nanti lambat... nak buka lagi.. kalau adik pakai selipar..nanti nak pergi jalan-jalan senang, nanti kan kene tingal di kawan"... si emak nye pula cuba meyakinkan pilihan nya...
Aku di sebelah...cuba untuk memahami situasi berkenaan. Lalu beredar lah anak beranak tersebut... Anak perempuan aku yang mendengar dan melihat kasut berlampu terus meluru mendapatkan kasut tersebut... adegan same berlaku... cuma mungkin kerana design kasut tersebut lebih sesuai untuk boy... dia tidak berapa teruja untuk tawar menawar dengan aku... lantas aku terlihat selipar yang dipegang oleh si emak tadi... aku mencapai... membelek, menilik, dan bertanya kenapa si emak tadi hampir bertegang urat dengan anak kecil nya padahal selipar itu layaknya untuk dipakai harian.... mata terhenti seketika apabila melihat sekeping kertas yang ditampal.... RM12.90... lalu aku membelek pula tag harga pada kasut yang diminta si anak kecil berkenaan... RM37.90... aku terdiam lalu mata ini terus melirik, melilau mencari emak dan anak kecil tadi... Dari kejauhan aku melihat beliau bersama tiga orang lagi anak bersama suaminya. Seorang anak perempuan aku anggarkan dalam umur 9-10 tahun dan dua lagi anak mungkin dalam lingkungan 7 dan 8 tahun....
Hati kecil berdetik... bersarang seribu persoalan... Dengan 4 orang anak yang hendak membesar semestinya kewangan menjadi pokok persoalan... Melihat kepada perwatakan si emak dan ayahnya...aku meneka mereka bukan orang senang... di tambah pula bile bershoping di sini... Aku cuba untuk memahami perasaan tersirat si emak dan ayah tersebut... perasaan yang juga aku alami... Hari raya ini, pasti kedua ibu bapa cuba berikan yang terbaik, tercantik untuk anak-anak mereka, tapi itu semua disempadani dengan keupayaan kewangan. Aku yang juga kini abah kepada 2 anak kecil pasti paham apa yang berlaku tadi. Perasaan emak dan ayah mana yang tak terusik bila gagal memenuhi kehendak anak mereka.
Terhenti dari lamunan bila tangan ku di gengam si isteri... aku tersenyum...
"Kenapa b... tengok sape tu ?"
"Tak de ape yangg !"... aku tersengah lagi... mungkin sengeh aku yang kedua membuat die termangu cuba membaca fikiran aku...
No comments:
Post a Comment