Satu minggu di Kuala Lumpur, dua hari dirumah dan kini seminggu di selatan... Balik dari selatan, tak kan lama dirumah kerana perlu terbang dengan kapal terbang tambang murah ke Kuching selama dua minggu. Ya Allah mengapa padat benar jadual kerja ku untuk bulan nie.
Sekarang, tika jemari ini rakus menekan kekunci alphabet, aku masih menunaikan tanggungjawab sebagai gov servent nung jauh di selatan. Jauh dari rumah, jauh dari isteri tersayang dan jauh dari dua orang cahaya mata kesayanganku... Arysha dan Aqiel... Sedikit masa aku cilok mencilok dari kesibukan tugas untuk mencoret senaskah kata rindu buat mereka di sana. Untuk isteriku, rinduku selalu berteman namamu. Untuk anak-anakku pula, abah rindu bebenor dengan corat-coret dan manja kalian. Abah harap kamu berdua tidak mencemaskan umi mu dengan aksi stan dan lagak gaya sebagai penghias deko rumah...
Semalam rinduku kepada anak-anak menerpa hingga ke tidurku. Lalu tidur yang kurang lena dikejutkan dengan mimpi kepada kamu berdua. Abah bangun. Lalu mencari selembar kenangan untuk ditatap buat peneman rindu. Satu per satu gambar dari memori kamera abah tatap. Bingkisan blog juga abah telusuri dan tanpa abah sedari, baru satu entry Aqiel Syafie abah bingkiskan. Untuk itu, entry kali nie memang abah khaskan untuk anak kecik tuek dalam keluargaku... Aqiel Syafie
Kepada anak kecilku, Aqiel Syafie...
Perginye abah ke Kuala Lumpur ditemani dengan kenangan kita sekeluarga pada minggu sebelumnya yang mana sempat kita bersama-sama berjimba-jimba bergumbira. Suka benor tengokan telatah mu tika kita mandi manda di Tiara Beach Resort. Tempat yang pernah suatu dulu abah dan umi habiskan masa bersama kakakmu. Airnya tidak sejuk, pasti saja bukan masalah untukmu beremdam.... (nanti abah ajak pergi air terjun pulak ye)...
Aqiel Syafie...
Usiamu kini sudah menjengah 11 bulan... Dalam pada itu, abah rasakan banyak benar perkara yang kamu lakukan melebihi usia mu. Tangan mu sudah betah memegang pensil warna dan mampu menconteng lukisan abstrak yang hanya kamu memahaminya, perkataan abah kadang-kadang didengari walaupun perkataan umi basah dimulutmu... Abah tengok... banyak benar sikap dan sifat kamu bias umi mu. Abah tak kisah itu. Yang abah tahu kamu tetap anak abah. Tika ini, kamu sudah mula pandai buat-buat merajuk yang mirip kakakmu dan sudah pandai juga buat-buat busyuk... shomellll sgt...
Kepada anak lelakiku ini, ingin sekali abah berpesan...
Di usia dewasa mu nanti, ingin sekali abah melihat kamu berjaya dalam apa yang kamu mahukan. Tidak ingin rasenya abah untuk memaksamu menjadi seperti yang abah mahukan, sebaliknya biarlah abah dan umi membimbing kamu agar keputusan kamu itu nanti, keputusan yang sewajarnya. Namamu, abah mulakan dengan "A" sama dengan kakakmu kerana ingin abah terapkan sikap berani ke depan. Dalam apa-apa hal nama yang didahului dengan "A" kerap dicanangkan untuk memulakan sesuatu. Di sekolah nanti pasti sahaja kamu akan menjadi yang pertama ditanya, yang pertama kedudukannya, yang pertama disuruh atau yang pertama dinilai. Abah sudah merasainya dulu. Begitu juga umi mu. Maka kini kami menjadi seperti yang akan kamu berdua lihat. Menjadi lelaki juga bukan semudah kencing berdiri... Dibahu mu nanti akan diletakkan 1001 tanggungjawab. Mana tahu, abahmu ini tidak mampu lama disisi mu... maka disaat itu, kamu lah yang akan menjaga keluarga ini. Abah juga ingin berpesan agar jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan menghormati wanita serta kedua ibu bapamu. Jadilah kamu sebagai lelaki yang islam dan mengamalkan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarangi. Beramal lah dengan ilmu dan berfikirlah dengan akal dan taqwa, nescaya kamu tidak sesat. Dan ingatlah, abah mu ini berpesan seperti mana berpesannya Luqman kepada anaknya. Sesungguhnya dalam islam diajarkan bahawa tiga amalan yang akan terus mengalir pahalanya walau pemiliknya telah tinggalkan dunia fana iaitu:
1.ilmu yang bermanfaat
2.amal jariyah dan
3.doa anak soleh
Maka kamu adalah harta abah dan umi bila kami kembali ke liang lahad...
No comments:
Post a Comment