Sunday, May 27, 2012

JenJalan di Cat City (Part 1)

Maka pada 27 May berangkat lah aku nung ke Cat City dengan perjalanan K. Trg - LCCT - Kuching. Kali pertama naik flight tahun 2011 ke Labuan dengan MAS... tu pun sebab operasi di sana 2 minggu.. Jadi nie kali ke dua aku naik flight dan kali pertama naik AIRASIA... walaubagaimanapun... kejakunan itu tetap ada. hahaha. Kes takut kene tinggal maka aku sampai 2 jam awal di airport K. Terengganu. Tak berani nak masuk... hahaha.. tengok je sekeliling apa belaku pas tu baru aku follow.... cetttt.. mau kontrol hemsem konon..huhuhu... Maka flight berikutnya selamat tiba di LCCT dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju Kuching dengan gaya tourist...huhuhu.. poyo... 

Dalam flight menuju ke Kuching, di minit-minit menghampiri pendaratan, awek-awek para-para-mu-gari buat surprise dengan buat ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang ada dalam flight tu. Ada la 2 3 couple (baca mak dan anak) dipanggil untuk si anak meng`wish`kan hari bu kepada ibu si dia.... huhuhu.. terus wa sebak... sebab wa baru ingat wa tak wish pun kat mak wa... huh... 

Ada satu lagi kes kejakunan aku terkantoi.... hahaha.. sampai di airport Kuching bila nak keluar dari situ... aku terkejut sebab kene melepasi check point imigresen... 2 3 kali aku berpusing nak kompomkan aku nie di laluan benar... setahu aku.. kalau ko masuk dari luar negara a.k.a international baru kene melalui imigresen... pelek aku sekita... Bila dah sah aku di jalan benar dan dirahmati maka aku dengan gaya cuak rapat ke check point imigresen... Hampir 3 minit aku stand up kat depan pegawai tu... die pun terkebil-kebil tengok aku dan aku pun terkebil-tebil tengok die... dalam tempoh singkat tu, satu aura karen bertindak balas... hormon adenalin bertambah. begitu juga dengan lubang hidung ku yang kucup kempes kerana menghirup oksigen dengan rakusnya.... adakah antara kami sudah jatuh cinta pandang pertama... aaaarrrrggggggg... mana mungkin... aku cuba menidakkan perasaan ku.. aku bukan GAY... kerana di depan aku juga seorang pegawai lelaki...

Encik...mintak passport...??? 
pegawai tadi memulakan bicara setelah 3 minit aku pegun di depan nya. Ternyata die bukan cuba mengorat aku... amin...

errr.. maaf encik..saya tak de passport.. 
aku mula cuak.. passport.. gile ape mintak passport.. aku bukan datang dari negara lain..aku anak Malaysia baiii... gile ape dalam Malaysia sesama negeri pun nak kene pakai passport... dah la aku nie naik kapal terbang setahun sekali pun payah, ada pulak aku passportnya... ke kau tengok aku macam hero hindustan... apa nama tah hero tuh..??? serius aku bertambah cuak...

OOO.. encik dari mana ??

dari LCCT encik. 
serius kalu die mintak jugak passport lepas nie... serius aku lempang muka aku kerana terlalu overconfiden masuk negeri orang...

Oh..kalu dari semenanjung encik tunjukkan kad pengenalan je...
serius masa aku bagi kad pengenalan kat die..aku masih blur... mamat blur..

Nie untuk encik simpan ye.. sambil memberikan aku sehelai slip putih 
Encik boleh berada di Serawak selama 90hari, nanti nak keluar dari Serawak encik kene tunjukkan slip nie ye...

aku beredar dan masih ke'blur'an...

Baru la aku tahu orang Semenanjung nak masuk Serawak udah macam amoi cina keje masssage nak masuk Malaysia... aduhaaaaiiii... Sesama warganegara pun masih ade gap nya... Serius, untuk umur aku yang dah masuk 28 tahun nie...hari nie baru aku tahu semua nie.... jakun tak aku..hahaha...

Dan pada mereka dari Semenanjung yang keje di Serawak aku dengar mereka kene amik pasport warna biru muda sebagai dokumen keluar masuk... Mungkin benda-benda cam ginie udah termaktub dalam perlembagaan tubuh negeri ataupun syarat semasa Serawak di bawah King Brooke nak menyertai Gugusan Malaysia... Tapi tak kan lah selepas berabad kita merdeka... peraturan camgini pun masih tak leh nak pinda... Daripada ko duk berbahas pasal dalam kain orang, sape torai sape, kepala bana sapa lagi besar...lebih baik denda-benda kecil macam nie ko review dulu. Nie cuma pendapat dari golongan marhen yang sedikit ilmunya... aku pun buat entry nie hanya berdasarkan gerak hati dan tangan tanpa ade rujuk silang dari mana-mana sumber untuk menghuraikan permasalahan nie... Kadang-kadang entry jenis spontan camnie bagus jugak untuk menajamkan akal untuk berfikir.... 

1 Malaysia..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. peace no war..

Thursday, May 24, 2012

tersungkur dalam kebasahan...

Apa boleh buat...Terengganu kalah di tangan jiran sebelah...3 - 2... Dari nung jauh di borneo kamik ikutinya bah... minit ke2 dah gol 1...ADEHHHH... Hujan.. pe daya..padang agak menghadkan skil dan kemampuan..

Perguasaan permainan pada aku seimbang. Cuma rezeki dah tak ada kan. Kelantan pulak baru menang Piala FA minggu lepas...semangat pon berkobar-kobaran lagi... dan Kelantan... dari game semalam.. korang memang layak menang dan menang bukan atas nasib...

Untuk team ambe, ambe redha dengan apa yang terjadi semalam... kalah menang dah adat.. dan kita kalah dgn bermaruah... well done bro... usaha lagi.. kita-kita nie ramai yang setia menyokong..

Wednesday, May 9, 2012

Aqiel Syafie bin Ahmad Shahril

Satu minggu di Kuala Lumpur, dua hari dirumah dan kini seminggu di selatan... Balik dari selatan, tak kan lama dirumah kerana perlu terbang dengan kapal terbang tambang murah ke Kuching selama dua minggu. Ya Allah mengapa padat benar jadual kerja ku untuk bulan nie. 

Sekarang, tika jemari ini rakus menekan kekunci alphabet, aku masih menunaikan tanggungjawab sebagai gov servent nung jauh di selatan. Jauh dari rumah, jauh dari isteri tersayang dan jauh dari dua orang cahaya mata kesayanganku... Arysha dan Aqiel... Sedikit masa aku cilok mencilok dari kesibukan tugas untuk mencoret senaskah kata rindu buat mereka di sana. Untuk isteriku, rinduku selalu berteman namamu. Untuk anak-anakku pula, abah rindu bebenor dengan corat-coret dan manja kalian. Abah harap kamu berdua tidak mencemaskan umi mu dengan aksi stan dan lagak gaya sebagai penghias deko rumah... 

Semalam rinduku kepada anak-anak menerpa hingga ke tidurku. Lalu tidur yang kurang lena dikejutkan dengan mimpi kepada kamu berdua. Abah bangun. Lalu mencari selembar kenangan untuk ditatap buat peneman rindu. Satu per satu gambar dari memori kamera abah tatap. Bingkisan blog juga abah telusuri dan tanpa abah sedari, baru satu entry Aqiel Syafie abah bingkiskan. Untuk itu, entry kali nie memang abah khaskan untuk anak kecik tuek dalam keluargaku... Aqiel Syafie

Kepada anak kecilku, Aqiel Syafie...
Minggu lepas takala abah berkesempatan untuk menemanimu dan umi untuk membuat pemeriksaan bulanan kamu, abah dikhabarkan beratmu sudah bertambah. Alhamdulillah. Kalau sebelumnya berat kamu 6.6kg lebih dan tidak bergerak jauh dari sebelumnya, tapi kini bertambah dan menjauhi garisan malar. Kini berat kamu sudah 7.5kg untuk umurmu seusai 11bulan. Tapikan, sebelum kamu ditimbang pun abah dan menjangkakannya. Kan abah yang mendukung kamu tiap petang bermain diluar. huhuhu... Memang terasa semangatnya... dan petang itu bila selesai pemeriksaan abah terpaksa meninggalkan mu dan kakakmu dan umi untuk bergegas ke Kuala Lumpur.


Perginye abah ke Kuala Lumpur ditemani dengan kenangan kita sekeluarga pada minggu sebelumnya yang mana sempat kita bersama-sama berjimba-jimba bergumbira. Suka benor tengokan telatah mu tika kita mandi manda di Tiara Beach Resort. Tempat yang pernah suatu dulu abah dan umi habiskan masa bersama kakakmu. Airnya tidak sejuk, pasti saja bukan masalah untukmu beremdam.... (nanti abah ajak pergi air terjun pulak ye)...

Aqiel Syafie...
Usiamu kini sudah menjengah 11 bulan... Dalam pada itu, abah rasakan banyak benar perkara yang kamu lakukan melebihi usia mu. Tangan mu sudah betah memegang pensil warna dan mampu menconteng lukisan abstrak yang hanya kamu memahaminya, perkataan abah kadang-kadang didengari walaupun perkataan umi basah dimulutmu... Abah tengok... banyak benar sikap dan sifat kamu bias umi mu. Abah tak kisah itu. Yang abah tahu kamu tetap anak abah. Tika ini, kamu sudah mula pandai buat-buat merajuk yang mirip kakakmu dan sudah pandai juga buat-buat busyuk... shomellll sgt... 

Kepada anak lelakiku ini, ingin sekali abah berpesan...
Di usia dewasa mu nanti, ingin sekali abah melihat kamu berjaya dalam apa yang kamu mahukan. Tidak ingin rasenya abah untuk memaksamu menjadi seperti yang abah mahukan, sebaliknya biarlah abah dan umi membimbing kamu agar keputusan kamu itu nanti, keputusan yang sewajarnya. Namamu, abah mulakan dengan "A" sama dengan kakakmu kerana ingin abah terapkan sikap berani ke depan. Dalam apa-apa hal nama yang didahului dengan "A" kerap dicanangkan untuk memulakan sesuatu. Di sekolah nanti pasti sahaja kamu akan menjadi yang pertama ditanya, yang pertama kedudukannya, yang pertama disuruh atau yang pertama dinilai. Abah sudah merasainya dulu. Begitu juga umi mu. Maka kini kami menjadi seperti yang akan kamu berdua lihat. Menjadi lelaki juga bukan semudah kencing berdiri... Dibahu mu nanti akan diletakkan 1001 tanggungjawab. Mana tahu, abahmu ini tidak mampu lama disisi mu... maka disaat itu, kamu lah yang akan menjaga keluarga ini. Abah juga ingin berpesan agar jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan menghormati wanita serta kedua ibu bapamu. Jadilah kamu sebagai lelaki yang islam dan mengamalkan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarangi. Beramal lah dengan ilmu dan berfikirlah dengan akal dan taqwa, nescaya kamu tidak sesat. Dan ingatlah, abah mu ini berpesan seperti mana berpesannya Luqman kepada anaknya. Sesungguhnya dalam islam diajarkan bahawa tiga amalan yang akan terus mengalir pahalanya walau pemiliknya telah tinggalkan dunia fana iaitu:

1.ilmu yang bermanfaat
2.amal jariyah dan

3.doa anak soleh

Maka kamu adalah harta abah dan umi bila kami kembali ke liang lahad...

Ingatlah wahai anakku... 





Mual bukan kerana mengandung.....

Dua tiga hari nie kerja aku banyak atas kereta daripada di pejabat. Udah macam special operation force (SOF) pulak gamaknya. Menjadikan ia cerita, kereta yang aku naik nie walaupun nampak mewah tapi dalamnya hanyalah setaraf kereta buatan tempatan Perdana dan paling memenatkan otak bile player radio tidak dicipta untuk berfungsi di negara Malaysia tercinta ini. Maka untuk range 70Khz hingga 90Khz maka halwa telinga terpaksa menelan apa sahaja yang keluar dari saluran dalam range itu. Antara yang berbicara dalam bahasa yang aku paham ada dua. 1: Klasik Nasional dan 2:Nasional FM.... aaaaarrrrrggggghhhhhh.... 

Maka ditelan sahajalah apa yang keluar dari corong radio. Makin hari ia makin mencekam seluruh benak akalku hingga kepala mula berputar alam pening dan mual..... aneh... aku yakin aku bukan prengnent... huhuhu.. aku juga yakin aku bukan alahan untuk isteriku dirumah... Maklumlah, anak sulung aku dulu, aku yang alahan 1 minggu lembek kat rumah walhal isteriku sihat walafiat...huhuhu... Untuk lebih kepastian, segara aku capai telefon lalu menelefon isteri tersayang di rumah... Sah, isteriku baru selesai bergehana. dan sah isteri tiada tanda-tanda kehamilan.. pelbagai teori dan hipotesis bermain-main di sudut kecil hati ku.... kenapa, apa, bagaimana????

Pengisian klasik nasional tidak la dapat aku hurai kerana ia lansung tiada dalam "save list" aku. Aku bukan menyangkal kemampuan klasik nasional untuk memiliki peminat dan pengikutnya tersendiri. Aku bukan jenis orang yang menghukumi musik berdasarkan zaman. Cuma dah disurati bukan aku dilahirkan untuk memilih klasik nasional. Maka untuk dua tiga hari berada dalam kereta aku hanya mampu mendengar Nasional FM. Serius jika aku ada duit banyak nak aje aku tukar player kereta nie... Tapi apakan daya, nak beli seluar dalam pun tiga empat kali letak...hahaha. Apa yang mula membebankan akal fikaran aku bile pengisian Nasional FM terlalu digunakan untuk bahan propaganda kerajaan. Memanglah stesen radio itu milik kerajaan. Tapi apa salahnya jika diselang-selikan informasi yang global dan sedikit interaktif antara penguna dan ditambah pula lagu-lagu segar yang baru mahupun lama. Aku rase macam best lagi Terengganu FM kalu nak dibandingkan dengan Nasional FM. Isu perhimpunan BERSIH dimainkan sebaik mungkin. Pemimpin kerajaan di DEWA kan dan di DEWI kan pula Kak Semah. Dua tiga hari nie memang nie je berita yang aku dengar hinggakan segala hal bab Kak Semah aku tau. Penerima anugerah kesukanan lah, Penerima ijazah kehormat pendidikan awal kanak-kanak lah, melepaskan pelumba jelajah basikal lah... pendek kata all about big mama lah... huhuhu.... mual bro.. mual bila isu remeh temeh dibesar-besarkan. 


Aku tak tahu berapa ramai penduduk Malaysia yang select channel nie untuk pendegaran mereka, aku juga tak tau samada radio nie mencatat untung atau tidak.... aku juga tak tau samada ada pihak yang nak masukan iklan jual kicap ataupun iklan ubat kencang batin dalam channel nie. Bagi aku, Nasional FM sebenarnya boleh bersaing dengan lain-lain channel walaupun roh kerajaan dikekalkan. Bab "roh kerajaan" tu aku tak kisah sebab memang nie radio milik derang, cumanya pengisian informasi perlu ditranformasikan. Tagline "Segalanye bermula disini" gah sekadar tagline aje. Macam mana nak semuanya bermula kalau nak bermula je terus orang tukar channel lain. Lagi satu, lagu-lagu yang diputar tu update la sikit...tak kan main tangkap muat je... lemau je rase bile dengar lagu tah ape-ape keluar... berubahlah bro... korang bersiaran tu pun pakai duit rakyat..paling tidak pun janganlah sampai menjadi entiti yang mebebankan pulak..