Monday, March 26, 2012

review: Dr. Seuss the Lorax


“I am the Lorax. I speak for the trees. I speak for the trees for the trees have no tongues.”  

Hari sabtu lepas opis aku ada buat game boling... Jauh tuh.. kat Mesra mall sana main..huhuhu..tapi bagus jugak. Selain boling leh target masuk wayang lepas tuh. Sekurang-kurangnya, boleh jugak berjimba-jimbet bersama anak dan  isteri. Kesian kat anak-anak...bile balik tukar ke kampung nie, jarang sangat masa dihabiskan diluar rumah. Yang sulung tu pulop pantang de cerita kartun kat tv, mesti ajak tengok wayang. Oh ya, bab boling..hahahaha nama aku tak masuk langsung dalam list top10. Jadi aku secara moralnya, mengumumkan aku ditempat ke 11..hahaha

Kembali k topik asal..huhuhu. aku nk review sikit movie yang aku gan family layan lepas main boling semalam. The Lorax. Kisah seorang anak muda yang mahu merubah nasib dan hidup dengan ciptaannya  - The Thneed - yang pada mulanya membahagiakan tapi akhirnya membawa padah.

Kisahnya bermula di sebuah bandar yang dipanggil Thneedville yang mana bandar nie dicipta untuk bebas dari pencemaran, bebas dari tumbuhan, bebas dari kekotoran.. akibat berada dalam bandar yang tertutup maka mendapatkan udara segar memerlukan duit... udara pun boleh buat bisnes beb.. sapa tau suatu hari nanti kan. Dalam bandar nie ade sorang budak laki namanya "Ted" yang berusaha nak menambat hati sorang minah cun "Audrey". Audrey nie pulak nak jadi cerita mula bercerita pasal pokok truffula pada Ted. Dan macam budak lelaki dalam dunia nyata lah..bile awek cakap nak makan burger maka satu kedai McD dibawanya... hahaaha... Dalam usaha die mencari truffula die berjumpa dengan mamat "Once-ler", mamat yang mendurjanakan dunia tuk kepentingan die..huhuhu..kejam je bunyi. Maka Once-ler pun cerita la debang debung bagaimana die memusnahkan dunia dan pokok truffla itu khasnya. Dan lagi....huhuhuhu... nak tau lagi..tengok sendiri lah oooiiii. dah separuh cerita dah aku cerita tuh.. .. budak-budak sure suka cerita nie sebab ade muzikal dan gambar kartun nie pun warna-warni. lagi satu, cerita nie bagi aku memang klise bebetul dengan kita sekarang.. penuh dengan sinis.

Tapikan bukan nie yang aku nak kongsi sangat... aku nak storykan betapa kita masih ketinggalan dalam hal-hal movie moral macam nie. Maksud aku, cerita/movie yang pada pokoknya untuk membawa kita kepada hal-hal kebaikan tapi disampaikan dengan santai. Mungkin kita terlalu bangga dengan karya maha agung dari pengarah maha hebat macam prof rezak-ah mayday (syok sendiri) atau pun karya picisan keluaran Dr. Rozmeymey... hahahaha... (1 malaya gembang cerita box opis). Susah nak mencari nilai-nilai moral yang sebenarnya menjadi asas kepada cerita dan bukan sebagai pelengkap masa tayangan. Serius bro, stakat nie..filem melayu yang aku boleh leleh air mata hanyalah "Kami" lakonan Arwah Sudirman... dan filem melayu pertama ku tengok di wayang - Puteri Gunung Ledang. Tu pun sebab aku minat dengan M. Nasir dan ceritanya pun tidak menghampakan aku. Kalaula korang mampu untuk layan cerita Lorax nie, korang tengoklah betapa mesej untuk menjaga bumi nie dari terus menjadi kerakusan golongan tertentu didahulukan. 


Dan kepada puak-puak yang terlalu obses dengan isu Iluminiti... klu korang tengok cerita nie pasti korang akan terbakar dalam pangung wayang tu, sebab cerita nie dihasilkan oleh Universal dan ILLUMINATION ENTERTAIMENT... apemacam.... mesti terbakar kan korang bile dengan perkataan tu... 

nah..aku siap bulatkan tuk korang lagi

Serius bro,, mula-mula lagi dah keluar raksasa mata satu... korang mesti taunya maksud aku kan... hahahahaha... lantak korang lah.. Tapi, yang ko cakap nak membinasakan dunia nie lah yang buat cerita nie. Yang korang duk kata bagai nie lah nak mendidik budak-budak jangan musnahkan alam. 

Ingat bro, isu pencemaran adalah isu sejagat. Ia bukan isu suatu negara atau agama tu sendiri sebabnya kesannya korang semua akan merasa. Aku tak fikir pengarah/penerbit dari negara yang ko sayang nie, dari negara yang kononya bukan ahli jemaah ILUMINITI nie yang akan buat cerita/movie yang nak menyuruh anak-anak kite lebih bermoral. Ye, betui..memang bukan semua cerita mereka menyuruh ke arah kebaikan..tapi pokoknya..berapa cerita kita yang menyuruh kearah kebaikan tu???? acu korang bagi aku 1 angka...ade bran.. Setahu aku yang box office skarang nie seme cerita geli-geli anak muda je.. cerita lepaking kemudianya jadi kaya, cerita hantu itu ini datang merasuk, cerita anak muda poyo dengan kereta mahal, kemudia si mudi show off boopps.. pull stop...korang pikir lah sendiri

"Unless someone like you cares a whole awful lot, Nothing is going to get better. It's not" . 
 Dr. SeussThe Lorax


Update:
Semalam aku, entah macam mana aku merajinkan diri membaca surat khabar lama... tup..tup.. jupa cite pasai lorax dalam Harian metro edisi Sabtu, 24 Mac 2012... Jadi aku tepek la naskah ini untuk semua... Bagi aku..cerita nie menarik untuk ditonton... melainkan korang jenis hidup tak dan nak jadi budak..terus je tua..hahahaha

 

No comments:

Post a Comment