Monday, September 16, 2013

Terengganu Maju part 1

gilerrr....

Betui apa org kata... mencipta kejayaan senang, tapi mengekalkan kejayaan adalah payah..

Last entry di blog ni keluar pada 24 Oktober 2012.... sebulan lagi cukup setahun aku tak ber'entry di sini... kesemua penulisan diperingkat draft... tu pun separuh... kalah YB sibuk... mana tak nye.. YB sibuk time dekat kempen je.. lepas pilihan raya.. tiba masa lah derang nk menuai modal yg dh habis banyak... politik malaysia tidak akan matang seperti mana rakyat malaysia yang juga tidak pernah ingin cuba melangkah keluar dari zon selesa... 

Banyak isu yang aku terlepas untuk bermonolog, mentafsir senario disekelilng tanpa menerima sahaja apa yang diberi. Akal diberi. Berfikirlah sejenak kerana orang yang berfikir lebih baik dari beramal sepanjang malam.


Hampir dua tahun aku bekerja di negeri kelahiran ku.. sepanjang ini, terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab. Ketara lagi bila portfolio kerja aku di ruang lingkup percukaian yang dikatakan dikutip demi membangunkan negara bangsa. Minggu lepas, aku terlibat dalam satu team yang ditugaskan untuk meneliti stock satu syarikat swasta yang berdagang di selatan Terengganu. Aku sebenarnya tidak pernah sekali melangkah kaki di kawasan pergudangan ini walaupun kawasan ini digazetkan di bawah akta kastam. Dalam cakap-cakap orang, kepala aku pintas mengimbas kawasan yang similiar dengan nama dan fungsi kawasan pergudangan ini. Pengalaman kerja di Kedah dan Kuala Lumpur membantu aku untuk mengelamung. winkk winkk

Team aku ditugaskan untuk meneliti satu stock di satu syarikat swasta di kawasan pergudangan di sini yang di infokan dari orang awam dikatakan telah melanggar syarat. Antara isunya tidak lah boleh aku bincangkan di sini kerana itu semua masih di dalam siasatan. Andai benar berlaku mungkin team ini akan berjaya mengutip kembali cukai tidak berbayar dalam nilaian ratusan ribu.

Selesai siasatan, aku sempat bersembang bersama pengurus syarikat berkenaan. Riak wajah dan gaya percakapan mencerminkan jawatannya. Beliau banyak menceritakan situasi sebenar di sini. Serius, aku terperanjat dengan apa yang diterangkan. Bermacam karenah birokrasi dalam setiap urusan. Konsep sewaan tapak yang bagi aku macam tak masuk akal. Katanya, setiap lot yang disewa, penyewa tiada apa-apa kuasa di dalam lot tersebut. Ia tidak seperti bila sewa rumah kita boleh buat apa sahaja di dalam rumah kita. Setiap banggunan yang hendak didirikan dalam lot yang sudah disewa perlu lagi membayar surcaj/sewaan tertentu. Foklif juga perlu dibayar levi setiap bulan menjangkau ribuaan ringgit. Kargo yang sampai di lokasi syarikat perlu mendapatkan kelulusan dari autority dan lagi levi dikenakan. Foklift landlord jika diperlukan (perlu lagi disewa) perlu mengikut masa mereka dan bukan masa penyewa.. pergggghhh... dah macam apa dah... Banyak lagi lah lainnya. 

Menurut cakap-cakap dengan beberapa orang di kawasan situ, Petronas Carigali sudah mengeluarkan arahan agar landlord meningkatkan kecekapan pengurusan dan menyelesaikan masalah berbangkit dengan kontraktor supaya masalah rantaian bekalan tidak lagi berlaku. Arahan itu juga dikeluarkan berikutan landlord seperti menutup pintu untuk ruang diskusi antara kontraktor dan kontraktor tiada cara lain selain terus mengadu kepada Petronas. Malah cakap-cakap orang berkata, Petronas tidak segan silu untuk keluar dari situ dan mencari altenatif lain demi kepentingan industri petrolem negara. hahaha

Mana tak nya, sekarang ade tiga tempat berpotensi samada sedia ada, tengah naik atau sedang dibina bagi menunjangi industri minyak dan gas. 

Gebeng Industrial Estate
Tanjong Agas Oil & Gas and Logistic Industrial Park
Satu, Gebeng Industri Estate, kedua Tanjong Agas Oil & Gas and Logistic Industrial Park dan ketiga Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Ketiga-tiga kawasan ini menghala ke Laut China Selatan... huhuhu
Bayangkan jika benar bapak Pertonas lari, anak-anak wett mesti ikut sama, dan jika itu semua berlaku berapa pula kerugian yang perlu ditanggung semua aspek ekonomi dan sosio.

Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)

Dalam perjalanan balik, aku tersenyum sendirian. Banyak persoalan kian terjawab. Sekarang aku tak heran mengapa Terengganu masih terkial-kial untuk maju. Tu tak masuk lagi bab Kertih, bab Industri hiliran petroleum yang tampak macam baru setahun jaguh padahal industri pertoleum di Terengganu sudah bertapak sejak tahun 1975, tak masuk lagi bab fasiliti perdagangan, tak masuk lagi bab infrastruktur pengangkutan (jalan raya; Jambatan Kemaman baru nak siap).... huhuhu.. banyak lagi beb... paling sedih kisah Kawasan Perindustrian; tak kira la di Chendering, di Gong Badak; hidup segan mati tau mau... tapi ade jugak yang dah mati; Taman Industri Lembah Bidong...hahaha Kalau aku hurai satu persatu mesti boring giler orang dengan blog aku nie.. Mungkin aku boleh pakai nas Fatul Bahri, Negeri Terengganu tidak maju sebab dah memang ketentuan tuhan begitu... amin...