Agak lambat rasanya aku nak story-mory berdiskusi pasal isu ni. Seminggu dua ni kecoh dalam semua jenis media samada menentang mahupun menyambut baik cadangan Anuar untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah hingga universiti. Aku semahunya malas juga untuk menuruti perkembangan isu ini tapi bila acap sangat keluar dalam berita, tetiba bermain pelbagai persoalan dan pandangan dalam otak kecil aku nie. Bukanlah niat nak turut serta dalam perdebatan nie, apatahlah lagi nak berjuang sebagai keyboard warrior. Tak layak lagi rasenya. Cukuplah sekadar coretan di karungbiru untuk melampiaskan rasa di hati.
Pada aku, bila Anuar mula memberi cadangan untuk menghapuskan PTPTN, pertama sekali sebagai manusia normal pasti sekali aku menyambut baik... mana tak nya.. aku pun antara mereka yang culas membayar hutang PTPTN nie. hahaha..kantoikan diri sendiri...Tapi bila difikirkan secara mendalam akan ada isu disitu;
Isu pertama;
Hapuskan PTPTN dan berikan pendidikan percuma untuk rakyat bermula sekolah rendah hingga universiti...
Pada logik...bende-bende free tak ada orang nak nolaknya. Aci kerat kuku la korang akan tolak cadangan nie. Kesan yang direct kita dapat, mak bapak kita tak payah lagi pening kepala nak memikirkan pasal yuran sekolah anak bile setiap kali masuk awal tahun. Pada golongan kurang mampu, miskin... bende-bende macam nie memang melegakan mereka. Mana tidaknya untuk sekolah rendah dan menengah walaupun kerajaan mengumumkan pendidikan percuma satu masa dahulu, ibu bapa masih perlu membelanjakan paling tidak RM50 untuk seorang anak bagi lain-lain bil pendidikan... Masuk diploma yuran awal setiap semester paling-paling busuk RM200-300, ijazah pulak RM800-1000 semester. Bayangkan jika satu keluarga ada 4 orang anak disetiap aras pendidikan... Maka keluarga tersebut perlu menyediakan paling tidak RM1200... pada kadaran itu, sesetenganya menghampiri gaji sebulan dan paling teruk melebihi pula gaji sebulan. Jadi pada logiknya....cadangan ini memang boleh pakai, memang kene pada masanya.
Isu kedua;
Adakah mereka yang berada di IPTS boleh menikmati pendidikan percuma?
Sesuatu dasar begini pada aku, mungkin perlaksaannya boleh dilaksanakan di peringkat IPTA sahaja. Jadi pasti masyarakat akan tertanya-tanya apa akan jadi dengan anak-anak mereka di IPTS. Pada golongan tidak mampu, pada PTPTN la tempat mereka berharap untuk memberi pendidikan yang lebih tinggi pada anak mereka. Jadi persoalannya...wajar ke pemansuhan PTPTN nie? ke mana golongan nie nak bergantung harap untuk menyara pendidikan anak-anak mereka?
Isu ketiga;
Dari mana sumber kewangan kerajaan untuk membiayai pendidikan percuma?
Persoalan ni bukan taraf aku nak menjawab secara ilmiah. Amik Add Math pun markah aku tak pernah lebih dari 20. huhuhu... Subjek ekonimi pulak tak pernah ada dalam silibus kelas aku...hahaha.. Tetapi untuk sembang kosong tak salah aku memberi pandangan sebagai rakyat Malaysia dan golongan marhen nie. Kalau kita baca rencana pemuda pas jelas mengatakan pelbagai sumber boleh dijadikan asas kepada logiknya kata-kata Anuar. Dalam sedar dan tidak, pasti ada antara kita yang peka terhadap isu Konsesi Lebuhraya, Pembelian balik tenaga melalui IPP, isu perlaburan oleh kerajaan yang tidak mendatangkan hasil, isu GLC yang tidak berdaya saing dan macam-macam lagi. Sejauh mana isu ini jika ditangani mampu untuk memberikan pendidikan percuma memerlukan penilaian intelektual yang panjang.
Isu keempat;
Jika PTPTN dimansuhkan, apakan akan jadi pada peminjam yang sedia ada dan kepada mereka yang sudah melunaskan hutang PTPTN?
Hohohoho... jika dirujuk kepada malaysiakini, Apr 9, 2012 hutang PTPTN pada mula ditubuhkan sehingga kini berjumlah 28biliion dengan peminjam berjumlah 1.9juta orang. Mampu atau tidak kerajaan untuk menanggung hutang tersebut menjadi satu persoalan. Pasti antara kita juga pernah kedengaran kerajaan pernah menanggung pelbagai liabiliti bila mengambil alih sesuatu syarikat. Sebagai contoh isu pengambilalihan syarikat Indah Water Konsortium (**rujuk_soal jawab parlimen) kerajaan telah membelanjakan RM192.5juta untuk membeli 100% pegangan dalam IWK. Isu lain yang menarik adalah Isu penyelamatan kedua MAS berjumlah RM1.6bilion. MAS yang ketika itu pernah diselamatkan untuk kali pertama pernah menjadi syarikat yang berjaya dan menguntungkan tetapi diswastakan atas semangat Dasar Penswastaan Negara. Untuk rekod, kerajaan dalam isu penyelamatannya yang pertama kepada MAS, pernah membelanjakan RM1.8biliion pada tahun 2000.
Jadi jika perkara ini boleh berlaku, apa salahnya kalau kerajaan mengapungkan hutang RAKYAT, RM28bilion dan dalam masa ini lah bank kerajaan CIMB Bank membalas jasa kerajaan dengan menawarkan pembiayaan hutang kepada kerajaan dengan bayaran balik secara berperingkat. Sambil-sambil tu CIMB boleh la paw gomen lagi....hehehehe... OHHH ye..kalau CIMB tak larat, DanaHarta kan ada...huhuhu...klu yang individu tu boleh, apalah kiranya kami ini rakyat marhen yang memilih kamu sebagai pemimpin turut merasa tempiasnya.
Sebagai kesimpulan, isu pemansuhan PTPTN ini dan pendidikan percuma satu isu yang releven untuk dijadikan isu nasional. Aku tidak mengupas isu ini untuk meletakkan aku sebagai ultras mahupun mempamerkan idelogi politik aku. Serius, aku hingga ke saat ini masih mengikrar diriku sebagai pengundi atas pagar. Masih menilai di mana perlu aku letak kepercayaan ini. Rujukan yang aku nyatakan di sini bukan lah parodi kepada kepercayaan aku sepenuhnya. Kita masing-masing sudah besar dan waras untuk menilai.
aku rase aku nak sambung lagi isu nie untuk part 2.... tunggu...
aku rase aku nak sambung lagi isu nie untuk part 2.... tunggu...