Assalamualaikum...
Lamanya
tak jengah kat sini. Tak Istiqomah betui lah nak berblog nie. Sejak balik
terengganu, susahnya nk spend masa tuk terus update alkisah diri. Ye
lah, bukan boleh jual pun blog aku ni, cuma niatnya nak terus berblog sebagai
wardah meluahkan ape terbuku di hati. Mana tau 20..30 tahun akan datang aku
masih hidup, boleh lah baca-baca balik kisah lama lama. Orang kata mengamit
kenangan.. hahaha..
Entry
last, aku story mory kan pasal nak amik alih kedai runcit. Yess.. dan mase
entry korang (ade ke orang baca ni) baca, kedai tu selamat aku amik alih pada
1.3.2015 dan kini sudah 9 bulan bertarung, pahit maung, suka duka, menangis
ketawa dan ade jugak kadang-kadang mengila. bluuuekkkk... muntah pun ade. 9
bulan yang penuh pengalaman menjadi org biznes yang terkial-kial kerana tak dok
ilmu. Ni kalu mengandung mau dah terberanak dah aku.. hahaha
Aku
xmo cerita yg best jek pasal biz nie.. sebab yang best tu datang bersama tak
best. Bulan pertama amik alih kedai... Alhamdulillah sale tinggi dan boleh lah
lebih sikit kiri kanan tuk makan pakai. Bulan 4 GST mula bjalan. Pada bulan
nie, Sale jatuh lebih kurang 20% dari bulan 3 tetapi masih worth it dengan
usaha dan tenaga yang dikeluarkan. Bulan 5 ade berita malang, kedai aku kene
pecah masok, kerugian kerosakan hampir RM500 dan barang hilang lebih RM600.
Kebetulan masa tu aku tengah renovate tingkat 2 untuk dijadikan asrama budak
kolej, jadi kewangan masa itu begitu gawat dan terpaksa jugak guna duit rolling
dari akaun kedai. Kat sini lah mulanye langkah songsang aku dalam dunia niaga.
Ditambah lagi sale makin parah penangan GST. Sensitif pulak bila aku duk pakai
wording GST nih..
Tapi kan, org yang hadap bende ni yang paham. Aku boleh cakap berdegar-degar pasal GST ni tapi bila korang tak duduk dalam kasut peniaga yang berdegar-degar tadi tu boleh jadi kosong-kosong jek bagi korang.. kene pulak totok UMNO.. hihihi. Trend membeli berubah terus. Ni aku cakap dari mata kapala dan ruang niaga aku.. Orang lain aku tak tau. Kalu dulu sebelum GST, yang masok ke kedai selain membeli barang yg memang derang nak beli, paling tidak dorang pusing-pusing seround dalam kedai pasti akan angkat barang satu ke dua barang barang lain. Tu satu hal, hal kedua, margin keuntungan jugak makin mengecil hampir 40%.. Banyak ooo 40%.. Nak naik harga kesian pengguna, tak naik harga aku pulak semput nak menangung 6% GST. Paham ke tak nie.. Tak paham tak per lah.. Mai kedai aku, aku tunjuk bil.. hahaha
Dah
lah.. cakap banyak pun bukan bulih pusing dunia pun.. jadi ape jalannya. Hadap
je lah.. padan muka aku.... nak sangat nege..
Hangin
pulak kite bila cakap pasal nie.. huhh!!